LATAR BELAKANG
Politeknik Seberang Perai (PSP) telah ditubuhkan pada 1 September 1998 di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kampus ini dibina di atas kawasan seluas 100 ekar dan terletak di kawasan perindustrian yang sedang pesat membangun. Perjalanan ke PSP dari George Town, Pulau Pinang mengambil masa kira-kira 30 minit.
PSP merupakan politeknik ke-10 yang ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional bagi mencapai Wawasan Malaysia 2020.
Institusi ini telah dirasmikan pada 27 November 1999 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Teknologi Maklumat

