Accessibility Tools

Select your language

Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan

Sinopsis Program

Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan ditawarkan selaras dengan perkembangan industri logistik yang memacu pertumbuhan ekonomi negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar di dalam bidang logistik dan rangkaian bekalan seperti pengurusan logistik, pengurusan inventori, pemasaran antarabangsa, pengurusan operasi, teknologi maklumat logistik dan rangkaian bekalan serta keusahawanan. Maklumat yang terkandung di dalam program ini dapat membantu pelajar  melaksanakan dan mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan industri pengurusan logistik dan rangkaian bekalan.

Prospek Kerjaya

Graduan Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan boleh menceburi bidang kerjaya sebagai :
 
  • Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan
  • Penolong Pengurus Logistik
  • Penolong Pengurus Pembelian
  • Penolong Pengurus Import Eksport
  • Penolong Pengurus Pembekalan
  • Penolong Pengurus Kargo
  • Penolong Pengurus Pusat Pengedaran
  • Penolong Pengurus Kawalan Inventori