Accessibility Tools

Select your language

JABATAN PERDAGANGAN

Pengenalan Jabatan

Jabatan Perdagangan menawarkan empat program pengajian iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Kewangan Islam serta Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. Pelajar yang mengikuti program-program ini akan didedahkan kepada pelbagai subjek teras seperti Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Pemasaran, Undang-undang Komersil dan Matematik Perniagaan bagi memastikan penguasaan ilmu yang menyeluruh dalam bidang berkaitan.

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, para pelajar turut diberikan pendedahan kepada penggunaan perisian berkaitan perniagaan seperti AUTOCOUNT serta pelbagai pakej perakaunan yang lain. Selain itu, bagi melengkapkan keperluan pengajian, pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama enam bulan di mana-mana syarikat swasta atau agensi kerajaan bagi memperoleh pengalaman praktikal dalam bidang yang diceburi.

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, jabatan ini dilengkapi dengan kemudahan serta peralatan moden. Sesi syarahan dijalankan secara sistematik di 23 buah Bilik Kuliah yang kondusif, sebuah bilik Technology-Enabled Collaborative Classrooms (TECC) serta sebuah Dewan Kuliah yang selesa. Selain itu, bangunan pentadbiran Jabatan Perdagangan turut menyediakan kemudahan seperti Bilik Mesyuarat, sudut sumber dan kemudahan audio visual yang menyokong persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi staf dan pelajar.

Carta Organisasi

Carta Organisasi JP

Senarai Program Jabatan Perdagangan

Diploma Akauntansi (DAT) / Diploma of Accountancy
Kod sijil: MQA/FA3285
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=12929
Diploma Pengurusan Perniagaan (DPM) / Diploma in Business Studies
Kod sijil: MQA/FA3286
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=12930
Diploma in Logistic and Supply Chain Management (DLS)
Kod sijil: MQA/FA3286
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=12934
Diploma in Islamic Finance (DIF)
Kod sijil: MQA/FA0972
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=12050

Program/Aktiviti Jabatan Perdagangan



Diploma Akauntansi (DAT)/Diploma of Accountancy (DAC)

8 April 2026 - Program Sahabat Hasil
23 Januari 2026 - Seminar Audit Introduction to Audit World
15 Januari 2026 - Accounting Upskilling

Diploma in Business Studies (DPM)

10 Februari 2026 - Latihan Keusahawanan Kopi
4 September 2025 - Seminar Pemasaran
20 Ogos 2025 - CSR di Rumah Amal Kulim
6 Ogos 2025 - Podcast Bersama Pemain Industri

Diploma in Logistic and Supply Chain Management (DLS)

Diploma in Islamic Finance (DIF)

16 Februari 2026 - Islamic Finance Upskilling Program 2.0
26 Ogos 2025 - Seminar "Benarkah Buat Produk Boleh Jadi Jutawan Vol. 2"

Pencapaian Jabatan Perdagangan



Diploma Akauntansi (DAT)/Diploma of Accountancy (DAC)

  1. Pingat Gangsa Accounting -Pertandingan Kemahiran Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2025 (Polyccskills)
    8-11 September 2025
    Muhamad Irfan bin Audi

  2. Pertandingan Polytechnic Students Trading Challenge 2025 Peringkat Kebangsaan (PolySTrac 2025)
    2 Oktober 2025
    • Tempat Keempat: Sofea Emerlyn Bt Abdullah (DAT5A)
    • Tempat Kelima: Nurul Farhanah Bt Ahmad Fadzli (DAT5A)
    • Tempat Kelapan (saguhati): Muhammad Irfan Bin Audi (DAT5A)

  3. Program 25th MICPA x CA ANZ ACCOUNTANCY WEEK - UKM
    24-26 April 2025
    • Kategori: Accounting Student Quiz
      Tempat ke-3
      DAT5
    • Kategori: The Overall Highest Individual Top Scorer
      Muhamad Irfan bin Audi
    • Kategori: Cyberhunt
      Tempat ke-2
      DAT4

  4. Pertandingan Polytechnic Students Trading Challenge 2025 Peringkat Kebangsaan (PolySTrac 2025)
    2 Oktober 2025
    • Tempat Keempat: Sofea Emerlyn Bt Abdullah (DAT5A)
    • Tempat Kelima: Nurul Farhanah Bt Ahmad Fadzli (DAT5A)
    • Tempat Kelapan (saguhati): Muhammad Irfan Bin Audi (DAT5A)

  5. Pingat emas - (International Innovation in Multilmedia & Creative Competition)
    8 December 2025
    Cik Danizah binti Che Din

  6. Reben (Anugerah Kecemerlangan Intelektual) Angkatan Pertahanan Awam, Malaysia
    6 mei 2026
    Hasmawazi binti Hamzah

Diploma in Business Studies (DPM)

  1. International Innovation In Multimedia and Creative Competition Perak 2025
    (Pelajar-Gold Medal)

  2. Penang International Invention, Innovation and Design (PIID) 2025
    (Rohani-Silver)

  3. International Invention, Innovation & Design (2026)
    (Pelajar -Silver)

  4. Festival of Ideas (PSP-Jabatan Perdagangan)
    (Pelajar- Tempat 1)

  5. Anugerah Perak di Innovate, Write & Publish: An International Research Challenge (IWP-IRC2026) – MyCite and International indexed Journal (IWP-IRC2026)
    (En Amri Sulong)

Diploma in Logistic and Supply Chain Management (DLS)

Diploma in Islamic Finance (DIF)

Hubungi

Ketua Jabatan Perdagangan
Dr Mohd Burhan Bin Yusof (DH12)
burhan@psp.edu.my
Ext: 2011
Ketua Program DAC
Fatimah Binti Shuib (DH10)
fatimahs@psp.edu.my
Ext: 2003
Ketua Program DPM
Amri Bin Sulong (DH10)
amri.sulong@psp.edu.my
Ext: 2015
Ketua Program DLS
Hasmiza Binti Taib (DH10)
hasmiza@psp.edu.my
Ext: 2002
Ketua Program DIF
Maisurah Binti Abdul Malik (DH10)
maisurah@psp.edu.my
Ext: 5121