JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Pengenalan Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Seberang Perai (PSP) merupakan sebuah jabatan dinamik yang menjadi peneraju dalam penyediaan pendidikan dan latihan berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. JKE menawarkan tiga program pengajian utama, iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) serta Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer).
Berteraskan kecemerlangan akademik, inovasi dan kompetensi teknikal, JKE komited dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang holistik melalui gabungan penguasaan teori, latihan amali dan pendedahan kepada teknologi semasa. Pendekatan pembelajaran yang berorientasikan industri ini membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran teknikal, pemikiran kritis, kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara sistematik.
JKE turut memberi penekanan terhadap penerapan teknologi terkini, inovasi, automasi, digitalisasi dan kemahiran industri bagi memastikan kompetensi pelajar sentiasa relevan dengan perkembangan pesat bidang kejuruteraan serta Revolusi Industri 4.0. Komitmen ini diperkukuh melalui pelbagai aktiviti akademik, projek inovasi, pertandingan, kolaborasi industri dan pembelajaran berasaskan projek.
Dengan barisan tenaga akademik dan staf sokongan yang berpengalaman serta berkompetensi, JKE terus berusaha membentuk graduan yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing, inovatif dan mempunyai nilai profesional yang tinggi.
Program-program pengajian JKE turut mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan JKE dalam memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti serta melahirkan graduan yang memenuhi kehendak profesional dan keperluan industri.
Carta Organisasi
Senarai Program Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Kod sijil: MQA/FA9036
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=22129
Kod sijil: MQA/FA13187
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=22131
Kod sijil: MQA/FA13244
Pautan: https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=22133
Aktiviti
-
Lawatan Industri Pelajar DEP Ke Stesen Pemancar Permatang Pauh
Tarikh: 26 Ogos 2026 -
Program Boost360 Pemantapan kerja Berpasukan & Kesejahteraan Mental Staf JKE
Tarikh: 21 Ogos 2026 -
Program perkongsian pakar bertajuk "From Classroom to Industry: Electronic Measurement and Troubleshooting"
Tarikh: 17 Ogos 2026 -
Audit Pengawasan ISO 45001:2018 oleh pihak Niosh
Certification
Tarikh: 13 & 14 Ogos 2026 -
Kursus Asas PLC (PLC Fundamentals Course) National Training Week (NTW) 2026
Tarikh: 7 Ogos 2026 -
Minggu Transformasi Siswa (MTS) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai Sesi 1 2026/2027
Tarikh: 25 Jun 2026
Rakan Kolaborasi Industri
Banda Aceh, Aceh, 23111, Indonesia.
Kec. Lueng Bata, Kota Banda Acheh 23123, Indonesia
Pencapaian Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Pengiktirafan Akreditasi ETAC (6 Tahun)
Pencapaian
-
Word Robotic Center Competition (WRCC) 2026 (4.0)
- Tempat Ketiga (3rd Runner Up) bagi kategori RC Sumo 3KG.
- Anugerah Harapan bagi kategori RC Transporter.
-
ICompEx 2026
- Inovasi Boost Digital Trainer (BOOSTDT) Kumpulan Pensyarah.
-
Karnival Inovasi & Eksplorasi STEM Politeknik dan Kolej Komuniti
(KIES@POLYCC) 2026 Peringkat Kebangsaan
- π₯ Silver β Design of an Arduino and GPS Based Smart Floating Emergency Bag for Flood Rescue Applications
- π₯ Silver β Next Generation AI Powered Smart Speed Surveillance System with Automatic Violation
- π₯ Silver β Development of an IoT Enabled Safety Helmet Device with Moving Object Detection to Reduce Motorcycle Accident Risks
- π₯ Silver β Design of a Solar Powered Roof Cooling System with Automated Water Recycling to Improve Building Energy Efficiency
- π₯ Silver β Design of Portable Steam Turbine Energy Learning Kit
- π₯ Silver β Biomass Energy Harvesting Education Prototype
- π₯ Bronze β Design and Fabrication of a Sustainable Enclosed Mushroom Cultivation System with Smart Humidity Optimization
- π₯ Bronze β Pembangunan Sistem Pengesan Takat Had Air untuk Amaran Banjir Menggunakan Sistem IoT
-
Pingat Perak dalam acara Hoki Lelaki sempena Temasya Sukan Malaysia
(SUKMA) 2026
- Kalvinderjit Singh A/L Harcharanjit Singh
-
Anugerah TVET STAR POLYCC 2025
(Kategori Kebudayaan dan Warisan)
- Kalvinderjit Singh A/L Harcharanjit Singh
-
Geran Inovasi TVET Applied Innovation Grant Scheme (T-AIGS)
(Berkumpulan)
- Mohd Huzaimi bin Md Hussin (Pensyarah JKE)

