Accessibility Tools

Select your language

 

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)

Pengenalan Jabatan

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan tunjang sokongan akademik di Politeknik Seberang Perai (PSP) yang komited dalam memperkukuh asas pendidikan teknikal. Organisasi ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dengan sokongan strategik daripada dua orang Ketua Kursus bagi Unit Matematik serta Unit Sains dan Komputer. Kekuatan akademik jabatan ini didukung oleh 28 orang pensyarah yang memiliki kepakaran luas daripada pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, serta dibantu secara teknikal oleh seorang pembantu makmal dan seorang pembantu operasi bagi memastikan kelancaran pengurusan jabatan.

Sebagai jabatan sokongan, JMSK memegang peranan kritikal dalam mengendalikan kursus-kursus teras merangkumi bidang Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Matematik Diskrit, Statistik, dan Aplikasi Komputer melalui metodologi pengajaran yang sistematik. Penawaran kursus ini disasarkan kepada pelajar peringkat diploma di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Jabatan Perdagangan. Bagi menjamin kualiti penyampaian pendidikan, JMSK menyediakan prasarana yang lengkap merangkumi bilik kuliah serta makmal sains dan komputer yang kondusif untuk mengintegrasikan penguasaan teori dan kemahiran praktikal dalam kalangan pelajar.

Carta Organisasi

Carta Organisasi JMSK

Program (Kursus)

JMSK bertanggungjawab melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi kursus-kursus yang terdapat dalam struktur program di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, dan Jabatan Perdagangan. Berikut adalah kursus-kursus tersebut:

  • DBM10152 – Basic Mathematics
  • DBM10143 – Calculus & Algebra
  • DBM10163 – Engineering Mathematics 1
  • DBM20173 – Engineering Mathematics 2
  • DBM20153 – Discrete Mathematics
  • DBM30183 – Engineering Mathematics 3
  • DBM30193 – Electrical Engineering Mathematics
  • DBM30263 – Statistic & Probability
  • DBS10042 – Engineering Science
  • DBC20022 – Computer Application

Aktiviti

  • First Tech Challenge (FTC) Championship
  • Karnival Eksplorasi STEM PSP 2026
  • Asas & Aksi Petanque 2026
  • Kursus Asas Microsoft Word
  • Kursus Asas Microsoft Excel
  • Kursus Asas Microsoft Power Point
  • Program STEM Dengan Kerjasama Penang Science Cluster (PSC) Bersama Komuniti
  • Karnival Inovasi & Eksplorasi STEM @ POLYCC 2026

Rakan Kolaborasi Industri

  • Penang Science Cluster (PSC)
  • Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah

Pencapaian JMSK



Siti Aishah bt Azmi
National, Education, Research, Innovation and Entrepreneurship Conference (NERIEC 2024
- Kertas Kajian Terbaik
Azurani Bt Abd Rauf
Smart Technology & Sustainability International Conference (STSIC 2025)
- Antarabangsa (Gold)
Koa Chee Hoon
Semarak Conference on Social Sciences and Human Services (SCSSHS 2025)
Antarabangsa (Silver)
Siti Faridah bt Ismail
Semarak Conference on Social Sciences and Human Services (SCSSHS 2025)
Antarabangsa (Silver)

Hubungi

KETUA JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER
Zabidi Bin Saad
Ext: 2119
zabidi@psp.edu.my
KETUA KURSU MATEMATIK
Azurani Binti Abd Rauf
Ext: 2118
azu@psp.edu.my
KETUA KURSUS SAINS DAN KOMPUTER
Siti Aishah Bt. Azmi
Ext: 2118
aishah@psp.edu.my