JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Pengenalan Jabatan
Carta Organisasi
Program Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dari segi kemasukan, calon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelayakan asas yang ditetapkan, termasuk kredit dalam subjek-subjek berkaitan. Yuran pengajian untuk program diploma di Politeknik adalah berpatutan, menjadikan program ini antara pilihan terbaik bagi pelajar yang mencari pendidikan berkualiti dengan kos yang rendah.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan mengikuti pembelajaran berasaskan projek, latihan makmal, dan latihan industri bagi memastikan mereka memperoleh pengalaman sebenar dalam bidang teknologi maklumat. Graduan program ini berpeluang kerjaya dalam pelbagai bidang seperti pembangunan web, sokongan sistem, pentadbiran rangkaian, penyelenggaraan pangkalan data, analitik data peringkat asas, serta bidang-bidang berkaitan keselamatan siber. Program ini juga menyediakan landasan yang kukuh kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Secara keseluruhannya, Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Seberang Perai merupakan pilihan yang relevan dan strategik bagi pelajar yang ingin membina kerjaya dalam sektor teknologi digital serta memperoleh kemahiran praktikal yang menjadi keutamaan dalam pasaran kerja masa kini.
Kod MQA: MQA/FA0973
Malaysian Qualification Register
Aktiviti 2026
21 Mei 2026
Mesyuarat Peperiksaan dan Mesyuarat jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bil / 2026
21 Mei 2026
11 Mei 2026
Mesyuarat Unit Robotik JTMK PSP telah diadakan bersama industri kolaborasi iaitu Cytron Technology Sdn Bhd berkenaaan program RAC 2026 yang bakal dijalankan pada 9 Jun 2026
10 April 2026
Festival of Idea pelajar-pelajar yang mengambil Integrated Project Sesi 2 2025/2026
10 April 2026
9 April 2026
JTMK PSP telah menganjurkan Creative Project Presentation Sesi 2 2025/2026
2 April 2026
Bengkel Cybersecurity Basics: Protecting Yourself in the Digital Word telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian dan telah disampaikan oleh penceramah jemputans, Ts. Dr. Mphd Najwadi Yusoff dari Universiti Sains Malaysia
2 April 2026
17 Mac 2026
Kelab Kebajikan JTMK telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh para pensyarah JTMK dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Fahmi Bin Md Yusop dari JPA PSP
16 Mac 2026
Program CSR "Syawal Prihatin: Menyemai Harapan, Menyebar Senyuman" dilaksanakan di Rumah Bakti Kasih Ayahbonda dan Rumah Damai Permai Kepala Batas
16 Mac 2026
9 Mac 2026
Sumbangan Duit Raya kepada 23 orang pelajar asnaf dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
5 Mac 2026
Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PSP 2026 yang terdiri daripada pelajar JTMK
5 Mac 2026
11 Februari 2026
Program Mini Workshop dan Sesi Perbincangan Artikulasi Program Akademik JTMK PSP bersama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
8 Januari 2026
Minggu Transformasi Siswa (MTS) JTMK PSP
8 Januari 2026
Rakan Kolaborasi Industri
- Fulkrum Interactive Media Sdn. Bhd.
- Cytron Technologies Sdn. Bhd.
- Jom Awan Tekno Sdn. Bhd.
- Kismec
- Jie Business Sdn. Bhd.
Pencapaian Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pencapaian 2026
Pensyarah JTMK PSP, Pn Siti Farrah Md Hashim, Pn Azilah dan Pn Izlin Zuriani Ishak telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025
Pensyarah JTMK, Pn Siti Zawana Abdul Rani telah mendapat Anugerah CIDOS bagi bulan Februari dan Mac 2026
JTMK PSP telah mendapat Tempat Kedua bagi Video Raya Terbaik 2026
Pensyarah JTMK PSP, Pn Noor Hafizzah Ismail telah mendapat anugerah sebagai Best Theme Presenter bagi bidang TVET dalam iRiseCon 2026
Pelajar JTMK yang menyertai Creative Project Presentation Sesi 2 2025/2026 dan telah memenangi
-
Tempat Pertama
- BAHANZA HUB: An E-Commerce Application for Digital Products
- Diselia oleh Pn Azilah binti Abd Rahim
-
Tempat Kedua
- Smart Politeknik Navigation and Student Assistant System
- Diselia oleh Dr Nurul Ihsaniah binti Omar
-
Tempat Ketiga
- E-Syllabus Application Management System (E-SAMS)
- Diselia oleh Muhamad Zaidi bin Mohd Ali
Pelajar JTMK, Muhammad Alif bin Mat Zamri atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 (Kategori Foto POLYCC) dalam pertandingan National Digital Travel Storytelling Competition (DTStC 2026)
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih NAIB JOHAN KESELURUHAN dalam Karnival Sukan dan Kebudayaan (SUKE) 2026
Puan Nur Wahida binti Janudin telah mendapoat anugerah PEKERJA CONTOH (BULANAN) BULAN DISEMBER 2025
Hubungi
izwan@psp.edu.my
04-5383322
Ext: 1023

