Accessibility Tools

Select your language

Diploma Pengajian Perniagaan

Sinopsis Program

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan.

Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

Prospek Kerjaya

Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:
 
    • Penolong Pembantu tadbir
    • Penolong Pengurus
    • Eksekutif Pemasaran dan Jualan
    • Eksekutif Sumber Manusia
    • Usahawan
    • Usahawan e-dagang
    • Pegawai Pembangunan Perniagaan
    • Penyelidik Perniagaan
    • Pegawai Operasi
    • Pegawaiatau Agen Insuran