Select your language

Soalan Lazim

1.

Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai?

 

Politeknik Seberang Perai menawarkan kursus peringkat Diploma. Diploma meliputi kursus bidang elektrikal, mekanikal dan perdagangan.

   

2.

Berapakah tempoh pengajian bagi kursus Diploma

 

Tempoh pengajian bagi Diploma adalah selama 6 semester. Namun, tempoh pengajian adalah berbeza mengikut pelajar terutamanya pelajar carry module.

   

3.

Adakah Politeknik Seberang Perai menawarkan kursus separuh masa?

 

Ya, Politeknik Seberang Perai menawarkan Kursus Separuh Masa.

   

4.

Adakah pelajar layak mendapat biasiswa atau pinjaman pengajian?

 

Ya, hanya pelajar peringkat Diploma sahaja layak memohon biasiswa dan pinjaman dari badan-badan tertentu seperti PTPTN dan JPA.

   

5.

Adakah pelajar layak mendapat pindahan kredit?

 

Pelajar layak mendapat pindahan kredit berdasarkan kepada kelulusan Unit Peperiksaan, Politeknik Seberang Perai.

   

6.

Apakah syarat-syarat untuk mengikuti pengajian di Politeknik Seberang Perai?

 

Syarat-syarat adalah berbeza berdasarkan kepada peringkat lulusan dan kursus yang dimohon. Sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my sebagai panduan.

   

7.

Bagaimana cara untuk memohon kemasukan di Politeknik Seberang Perai?

 

Permohonan adalah secara online melalui laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my dan tawaran kemasukan hanya akan diiklankan sebanyak 2 kali setahun.

   

8.

Bagaimana untuk menghubungi pegawai Politeknik Seberang Perai yang bertanggungjawab jika terdapat pertanyaan atau soalan yang tidak disenaraikan?

 

Jika terdapat pertanyaan atau soalan selain soalan lazim ini, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelangggan di Politeknik Seberang Perai melalui :

 

Talian Telefon : 04-5383322

 

Talian Faksimili :  04-5389266