Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi yang mana termasuk asas elektrikal dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor dan reka bentuk terbantu komputer disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan. Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah rangkaian telekomunikasi, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.
SYARAT KEMASUKAN
- Klik DISINI
BAHASA PENGANTAR
- Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:
- Pembantu Jurutera
- Pembantu Jurutera Frekuensi Radio
- Eksekutif Teknikal
- Eksekutif Pemasaran
- Penyelia Teknikal
- Pembantu Perancang Teknikal
- Pembantu Jurutera Rangkaian
- Pembantu Pentadbir Rangkaian
- Pembantu Jurutera “Drive Test”
- Pembantu Jurutera Analisis “Drive Test”
- Perancang Rangkaian
- Juruteknik Elektrik / Elektronik