Politeknik Seberang Perai telah ditubuhkan pada 1 September 1998 bertempat di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kampus ini dibina dalam kawasan seluas 100 ekar. PSP terletak di kawasan perindustrian yang pesat membangun dan mengambil masa selama 30 minit dari Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.
Politeknik ini merupakan politeknik yang ke-10 ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan melahirkan pekerja separa professional demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. PSP telah disempurnakan perasmiannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1999.
PSP menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat Sijil dan Diploma.