1. |
Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai? |
Politeknik Seberang Perai menawarkan kursus peringkat Diploma. Diploma meliputi kursus bidang elektrikal, mekanikal dan perdagangan. |
|
2. |
Berapakah tempoh pengajian bagi kursus Diploma |
Tempoh pengajian bagi Diploma adalah selama 6 semester. Namun, tempoh pengajian adalah berbeza mengikut pelajar terutamanya pelajar carry module. |
|
3. |
Adakah Politeknik Seberang Perai menawarkan kursus separuh masa? |
Ya, Politeknik Seberang Perai menawarkan Kursus Separuh Masa. |
|
4. |
Adakah pelajar layak mendapat biasiswa atau pinjaman pengajian? |
Ya, hanya pelajar peringkat Diploma sahaja layak memohon biasiswa dan pinjaman dari badan-badan tertentu seperti PTPTN dan JPA. |
|
5. |
Adakah pelajar layak mendapat pindahan kredit? |
Pelajar layak mendapat pindahan kredit berdasarkan kepada kelulusan Unit Peperiksaan, Politeknik Seberang Perai. |
|
6. |
Apakah syarat-syarat untuk mengikuti pengajian di Politeknik Seberang Perai? |
Syarat-syarat adalah berbeza berdasarkan kepada peringkat lulusan dan kursus yang dimohon. Sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my sebagai panduan. |
|
7. |
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan di Politeknik Seberang Perai? |
Permohonan adalah secara online melalui laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my dan tawaran kemasukan hanya akan diiklankan sebanyak 2 kali setahun. |
|
8. |
Bagaimana untuk menghubungi pegawai Politeknik Seberang Perai yang bertanggungjawab jika terdapat pertanyaan atau soalan yang tidak disenaraikan? |
Jika terdapat pertanyaan atau soalan selain soalan lazim ini, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelangggan di Politeknik Seberang Perai melalui : |
|
Talian Telefon : 04-5383322 |
|
Talian Faksimili : 04-5389266 |