Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan pelajar akan pelbagai disiplin perniagaan dan membantu untuk mempersiapkan pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Oleh hal yang demikian, bidang ini adalah satu bidang dinamik pengajian bagi pelajar yang ingin meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Oleh kerana rangka kerja kursus yang fleksibel, pelajar dapat memilih arah tuju yang sesuai demi kepentingan mereka sama ada untuk memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran dalam pelbagai program dalam bidang perniagaan.
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Lulus SPM atau setaraf dengan memnuhi syarat minmum berikut:
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Sejarah
- Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
- Mendapat 5 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran yang lain yang belum diambil kira
BAHASA PENGANTAR
- Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
PROSPEK KERJAYA
Pelajar dengan pengetahuan yang komprehensif dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan serta menggabungkan semua aspek pengajian perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, graduan program tiga tahun ini boleh mempunyai pelbagai pilihan kerjaya. Contoh di bawah adalah sebahagian daripada jenis kerjaya:
- Pegawai dalam pentadbiran Perniagaan
- Pegawai Kerajaan
- Jualan dan Eksekutif Pemasaran
- Pegawai Sumber Manusia
- Operasi Perbankan dan pegawai di lain-lain jenis
- Pegawai Pelaburan
- Usahawan
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Perancang Perniagaan
- Pegawai Pengurusan
- Pegawai Pemasaran
- Usahawan dalam e-dagang
- Penolong Komputer dan Sistem Maklumat
- Pegawai Pembangunan Perniagaan
- Penyelidik Perniagaan
- Pegawai Operasi
- Pegawai atau Agen Insuran