Select your language

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam direka adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar akan perbankan Islam dan sistem kewangan yang kini antara elemen yang paling pesat berkembang dalam perkhidmatan kewangan yang global. Program ini juga menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fiqh Muamalat, Ekonomi dari sudut Perspektif Islam, Takaful, Pengurusan Risiko dalam Perbankan Islam, Perakaunan untuk Institusi Kewangan Islam, Tadbir Urus Korporat dalam Institusi Kewangan Islam.

Program ini juga mendedahkan pelajar dengan aspek operasi dalam Institusi Perbankan Islam dan bagaimana ia dapat memenuhi keperluan pembiayaan pelanggan dan juga pelaburan. Selain itu, konsep dan aplikasi produk-produk Islam juga dapat dilindungi secukupnya.

Sebagai tambahan untuk program ini, pelajar juga akan diajar Matematik Perniagaan, Aplikasi Komputer, Prinsip Pemasaran, Statistik, Keusahawanan, Mikroekonomi, Makroekonomi, Projek Perniagaan dan Asas Perakaunan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka dalam aspek komunikasi dan aspek-aspek kemahiran Insaniah. Sebagai program yang memberi penekanan tentang pembelajaran kendiri dan juga kecekapan tangan, graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan saingan dalam dunia perbankan Islam.

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan memnuhi syarat minimum berikut:
    • Lulus Bahasa Melayu
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Lulus Sejarah
    • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
    • Mendapat 5 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran yang lain yang belum diambil kira

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

PROSPEK KERJAYA

Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini membolehkan mereka dapat menceburi bidang dalam pasaran kerja seperti:

  • Penolong Pegawai Bank (di peringkat tempatan mahupun antarabangsa)
  • Broker Saham/ Remiser
  • Pentadbir Pusat Zakat
  • Penaja Jamin
  • Agen Takaful
  • Perunding Kewangan
  • Penolong Eksekutif Pentadbiran
  • Unit Amanah Eksekutif
  • Eksekutif Pemasaran
  • Penolong Eksekutif Akaun
  • Usahawan
  • Pembantu Penyelidik