Warna
Warna MERAH melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna HITAM pula mewakili aspek profesionalisma.
Bucu
4 bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training.
Lengkungan
Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.
TULISAN 'POLITEKNIK'
Font yang digunakan bagi POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global.
TULISAN 'MALAYSIA'
TULISAN MALAYSIA menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan elemen kemodenan.
TULISAN 'POLITEKNIK SEBERANG PERAI'
Cambria Bold pula digunakan bagi perkataan yang mewakili nama Politeknik Seberang Perai.Rupa Huruf jenis serif yang lebih formal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.
Mace Politeknik Seberang Perai
Direkabentuk khas bagi melambangkan sebuah pusat pengajian yang mendidik pelajar dari peringkat asa sehingga ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan. Rekabentuk berupa sebuah menara yang dihiasi kerawang berwarna emas merupakan simbol mercu kejayaan dan ketinggian nilai.
Bentuk Menara
Politeknik merupakan pusat pencarian ilmu dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan yang akan membawa pelajar ke kedudukan yang lebih baik. Lambang menara ini juga menggambarkan satu tempat yang boleh memberi pandangan jauh dan luas sekaligus mencerminkan identiti pelajar yang mempunyai wawasan.
Kerawang Emas
Emas merupakan sejenis logam yang sangat bernilai yang diidamkan oleh semua golongan masyarakat sebagai perhiasan diri.Begitulah apa yang dicari oleh pelajar di politeknik , iaitu ilmu yang amat berharga untuk masa depan. Kerawang yang diukir indah melambangkan kebudayaan kebangsaan yang tidak pernah dilupakan dalam akademik , sahsiah dan semangat cintakan negara.