Perpustakaan mula beroperasi pada Julai 1999 dengan keluasan lantai 2854 meter persegi. Dengan keluasan ini, perpustakaan dapat menampung seramai 800 pengguna pada satu satu masa.Objektif Perpustakaan PSP adalah untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah berkualiti dalam membantu usaha-usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.Koleksi Perpustakaan adalah sebanyak 52,000 yang terdiri daripada buku,majalah, jurnal, laporan tahunan dan lain-lain. Perpustakaan PSP menggunakan sistem KOHA yang mula diaplikasi pada 2 Ogos 2010.
Perpustakaan menyediakan portal rasmi untuk mengakses bahan-bahan rujukan secara dalam talian.
Politeknik Seberang Perai telah menerima peruntukan sebanyak RM 3.13 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK 11) untuk Projek Naik Taraf Perpustakaan Sedia Ada dengan tambahan kapasiti pengguna sebanyak 200 orang dan pemodenan kemudahan seperti Bilik Seminar dan Sistem Keselamatan Perpustakaan yang menggunakan teknologi RFID.