Unit Sistem Maklumat telah ditubuhkan pada awal tahun 2000, di mana pada masa tersebut terdapat seorang pegawai sistem maklumat dan seorang juruteknik. Unit ISistem Maklumat telah berkembang dari segi penstrukturan jawatan pada tahun 2003 , seorang Penolong Pegawai Sistem Maklumat , diikuti pada tahun 2004 , dua orang Pegawai Sistem Maklumat dan empat orang juruteknik.. Selain itu rangkaian kampus di bangunkan pada tahun 2001 menghubungakan semua jabatan dan unit dengan pengkabelan fiber optik.
PSP telah menjadi pusat ‘pilot testing’ bagi sistem aplikasi PMIS yang diperkenalkan pada hujung tahun 2002 yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Sistem Maklumat.Pada awal tahun 2007, penjawatan telah bertambah dengan 3 orang Pegawai Sistem Maklumat. Unit Sistem maklumat telah di gabungkan menjadi Unit ICT yang merangkumi semua wakil jabatan dan juruteknik serta unit sistem maklumat.
VISI
Menjadikan Unit ICT sebagai pusat teknologi maklumat dan komunikasi yang efektif, efisien dan berkualiti.
MISI
Meningkatkan tahap kompetensi penggunaan peralatan ICT dan menjadikan PSP sebagai sebuah institusi yang melahirkan graduan yang berteknologi tinggi.
Objektif Unit ICT :
- Menyediakan infrastruktur ICT yang berteknologi tingi beserta aplikasi yang terkini bagi tujuan pengurusan dan pengajaran serta pembelajaran.
- Menambahbaikan peralatan ICT sedia ada.
- Menambahbaik sistem komunikasi (emel, buletin board, website, intranet PSP).
- Menyediakan khidmat sokongan teknikal pelanggan.
- Meningkatkan tahap kompetensi staf berkaitan ICT dengan menyediakan latihan teknikal sokongan kepada pelanggan.
- Memantapkan prosedur kerja berdasarkan ISO.
- Meningkatkan tahap kompetensi staf Unit ICT.