Select your language

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat Diploma. Sejak dari sesi Januari 1999, kursus-kursus pengajian bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ekoran daripada penstrukturan semula Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2007, telah diwujudkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menawarkan kursus-kursus pengajian dibidang berkaitan.

Disamping kursus sepenuh masa, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga menawarkan kursus secara sambilan (part-time) di peringkat Diploma . Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai lima blok bangunan yang dikongsi bersama Jabatan Kejuruteraan elektrik terdiri daripada bangunan pentadbiran, dua blok bilik kuliah dan makmal serta bengkel. Makmal-makmal yang canggih berupaya mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara “hands-on” kepada pelajar-pelajar. Makmal Perkakasan, Perisian, Multimedia/Hypermedia, Makmal Komunikasi Data dan Makmal Rangkaian membolehkan para pelajar untuk berlatih asas komputer serta kemahiran merekabentuk perkakasan dan perisian dan juga sistem rangkaian komputer.

 

OBJEKTIF

Menghasilkan graduat dalam bidang Teknologi Maklumat di politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi baru dan cabaran dalam bidang teknologi maklumat.

 

Program & Jangka Masa:

  • Program Asas

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) 

  • Kumpulan Sasaran : Pelajar Lepasan SPM
  • Jangka Masa Minima : 3 Tahun : 6 Semester

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

  • Kumpulan Sasaran : Pelajar Lepasan SPM
  • Jangka Masa Minima : 3 Tahun : 6 Semester

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

  • Kumpulan Sasaran : Pelajar Lepasan Kolej Komuniti
  • Jangka Masa Minima : 3 tahun ( bergantung kepada syarat Point Of Entry) 

 

  • Program ‘Bridging’/Foundation

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

  • Kumpulan Sasaran : Pelajar Lepasan Kolej Komuniti
  • Jangka Masa Minima : 3 tahun ( bergantung kepada syarat Point Of Entry)

 

  • Kursus Secara Sambilan (KSS)

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

  • Kumpulan Sasaran : Pelajar Lepasan Politeknik
  • Jangka Masa Minima : 4 tahun