Select your language

Unit Kolej Kediaman Pelajar

Politeknik Seberang Perai (PSP) merupakan sebuah Institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menawarkan pelbagai bidang kursus diploma. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk melancarkan proses pembelajaran pelajar yang ditawarkan di PSP. Salah satu kemudahan yang disediakan oleh PSP adalah kemudahan tempat tinggal yang dikenali dengan panggilan Kolej Kediaman Pelajar (KKP).

Kolej Kediaman merupakan suatu kemudahan tempat tinggal yang selamat, tenteram dan selesa disediakan oleh Politeknik Seberang Perai (PS) dengan kemudahan asas yang mencukupi. “Mendiami Kolej kediaman bukan merupakan hak atau keistimewaan kepada mana-mana pelajar. Pihak KKP PSP berhak menawar, tidak menawar ataupun menarik balik tawaran kemudahan ini kepada mana-mana pelajar atas kepentingan politeknik”.

Pertimbangan mendiami kolej kediaman akan sentiasa diberi kepada pelajar yang menghargai kemudahan dan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan PSP di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan serta pelajar-pelajar yang sentiasa memberi jasa dan mengharumkan nama PSP.

KKP mempunyai 11 blok asrama 6 blok lelaki dan 5 blok perempuan iaitu Blok Gemilang, Bestari 2, Bestari 3, Bestari 4, Bestari 5 dan Bestari 6 menempatkan pelajar lelaki manakala Blok Madani, Bestari 1, Nurani 1, Nurani 2 dan Nurani 3 pula menempatkan pelajar perempuan. Pelajar Semester 1 adalah diwajibkan tinggal di asrama. Kapasiti pelajar asrama di PSP adalah 2278 orang iaitu 1210 pelajar lelaki dan 1068 pelajar perempuan.

OBJEKTIF PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
Matlamat pengurusan kolej kediaman ialah berusaha bersama mewujudkan suasana kolej kediaman yang selamat, tenteram dan selesa sebagai tempat tinggal yang kondusif dan tempat belajar yang harmoni. Matlamat yang digariskan ini menjadi hala tuju kepada kehidupan yang ceria dan sejahtera di kolej kediaman politeknik agar sesuai untuk pembelajaran yang akhirnya nanti menjamin kecemerlangan pelajar.

PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
Kakitangan unit pentadbiran atau pengurusan kolej kediaman terdiri daripada pengurus asrama, penyelia asrama, pembantu tadbir dan pembantu operasi yang bertanggungjawab mengurus, melaksana dan memantau perjalanan urusan kolej kediaman bagi mencapai matlamat dan objektifnya secara optimum. Semua proses pengurusan kolej kediaman adalah berdasarkan bidang tugas yang ditetapkan.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

  • Kafeteria
  • Pusat Islam
  • Koperasi
  • Klinik
  • Mesin ATM (Bank Islam)
  • Gelanggang permainan
  • Kemudahan/ tempat Riadah