Berpandukan kepada peruntukan Seksyen 16, akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994 ( Akta 514), POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) berusaha untuk menyediakan dan memelihara suasana dan persekitaran bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PSP akan memastikan setiap individu prihatin dan peka terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan.
Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSP telah menggariskan polisi-polisi berikut:
- Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta menyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi.
- Menyediaan dan menyelenggaraan tempat, kemudahan,peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan
kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. - Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit,keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkahpencegahan ke arah kemalangan sifar.
- Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga PSP supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.
- Menyemak, merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan ke arah menjamin keselamatan secara
berterusan
Semua kakitangan bertanggungjawab untuk merialisasikan budaya kerjaselamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSP.
ZULKIFLI BIN ARIFFIN
Pengarah 1 Februari 2015
Politeknik Seberang Perai