Select your language

Jabatan Perdagangan

 PENGENALAN

Jabatan Perdagangan menawarkan program Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan dan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Pelajar yang mengambil kursus-kursus ini akan mempelajari beberapa subjek teras seperti Perakaunan, Pengurusan, Ekonomi, Pemasaran, Undang-undang Perniagaan dan Statistik. Bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan terkini dalam teknologi maklumat, para pelajar diberi pendedahan yang diperlukan untuk aplikasi perisian berkaitan perniagaan. Bagi melengkapkan pengajian dan dilengkapi dengan kemahiran praktikal, para pelajar perlu mengikuti latihan industri sepanjang 6 bulan di mana-mana syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Proses pengajaran dan pembelajaran ditingkatkan dengan menggunakan peralatan dan kemudahan moden. Syarahan dilakukan secara sistematik dalam 23 buah bilik kuliah yang kondusif dan dewan kuliah yang selesa. Bangunan pentadbiran Jabatan Pedagangan mempunyai kemudahan seperti bilik persidangan, sudut sumber dan audio visual yang memberikan persekitaran yang baik untuk staf dan pelajarnya.

Program-program yang ditawarkan:

Nama Program

Tempoh Pengajian

Nombor Rujukan Akreditasi

Diploma Akauntansi  (DAT)

3 Tahun (6 semester)

MQA/FA 3285

Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

3 Tahun (6 semester)

MQA/FA 3286

Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS)

3 Tahun (6 semester)

MQA/FA 3287

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB)

3 Tahun (6 semester)

MQA/FA 0972

 

Matlamat Jabatan Perdagangan:

1.Menghasilkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang perniagaan, perakaunan, pengurusan logistik dan rantaian bekalan serta kewangan dan perbankan Islam yang menggabungkan semua aspek pengajian perniagaan dan keusahawanan

2.Menerapkan disiplin ilmu akademik serta nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan graduan yang berketrampilan dan berakhlak mulia selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.Menerapkan kecemerlangan akademik dengan:

a.Memastikan kadar kelulusan bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.

b.Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai Purata Nilaian Mata (PNM) 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.