Select your language

Unit Pengurusan Psikologi

Sejarah perkhidmatan bimbingan kaunseling di negara kita telah bermula sejak tahun 1962. Sejak daripada itu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan.Sehingga kini perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah di perluaskan disemua peringkat termasuk kementerian, jabatan , institusi pengajian sama ada disekolah sehinggalah ke universiti, perkhidmatan ini begitu sinonim dengan pelajar.Menyedari akan kepentingan sistem sokongan ini kepada para pelajar maka Unit Kaunseling & Kerjaya diwujudkan bagi menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan kepada para pelajar.

 Objektif Bimbingan dan Kaunseling

1. Mengenal diri sendiri supaya dapat berkembang secara positif dan meningkatkan potensi diri ke tahap maksimum.

2. Menolong pelajar agar stabil daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

3. Memperkasakan semangat, cita-cita tinggi dan sifat mulia untuk berjaya dalam kehidupan.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING & KERJAYA

Berjumpa dengan kauselor tidaklah sesusah yang difikirkan. Datang sajalah ke bilik kaunseling, pelajar boleh membuat temujanji atau meninggalkan mesej jika kaunselor bertugas di tempat lain. Dengan sistem teknologi maklumat yang canggih para pelajar boleh e-mail sebarang mesej kepada kaunselor asalkan ia berhemah sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Atau hubungi dengan penyelaras kaunseling dan pensyarah jabatan. Jangan fikir semua kita tahu, kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita tahu.Unit Kaunseling akan beroperasi mengikut waktu pejabat dan hari perkuliahan. pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan bimbingan kauseling dan kerjaya pada masa berikut :

 

Hari

Masa

Isnin - Khamis

8:00 am - 12:45 pm

2:00 pm - 4:15 pm

Jumaat

8:00 am - 12:00 pm

3:00 pm - 4:15 pm

 
* Cuti pada hari Sabtu,Ahad dan cuti umum yang lain.

 

Unit Pentadbiran dan Kewangan

  • Bahagian Pentadbiran berfungsi bagi merancang dan mengendalikan hal ehwal pentadbiran, pengurusan staf  dan pelajar, infrastruktur dan juga kewangan secara cekap dan efisien.
  • Selain itu, ia berfungsi dalam memastikan hal ehwal pentadbiran, pengurusan servis, kewangan dan akaun di jalankan mengikut prosedur dan arahan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Politeknik Seberang Perai atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Bahagian ini di bahagikan kepada dua unit iaitu Sumber Manusia dan Kewangan yang di ketuai oleh seorang Pegawai Eksekutif Kanan dan Penolong Akauntan.
  • Unit Sumber Manusia memproses perlantikan staf, pengesahan jawatan, kemasukan ke dalam skim pencen, kenaikan pangkat , semua jenis cuti dan juga Sistem Personal Jabatan(SISPEN).
  • Manakala, Unit Kewangan menguruskan perolehan sumber dan bajet.

 

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

  • Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

  • Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

 

Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 

 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Politeknik Seberang Perai adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Politeknik Seberang Perai