1.Menyelaras pengurusan kualiti yang menyeluruh melalui pelaksanaan pengurusan jaminan kualiti.
2.Mengawal selia kurikulum dan silibus bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran setiap program pengajian menggunapakai silibus yang terkini.
3.Memantau mutu penyampaian perkhidmatan pendidikan dan latihan melalui Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (SPOP).
4.Menyelaras dan memantau pelaksanaan tindakan setiap Jawatankuasa Pengurusan Jaminan Kualiti.
5.Menyelaras persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selamat, bersih, ceria dan mesra alam dengan membudayakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) dan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
6.Menyelaras semua program pengajian dengan memperolehi akreditasi penuh daripada MQA, ETAC, MBOT dan pengiktirafan daripada APACC.
7.Memantau urusan pengumpulan dan pengisian data dan maklumat berkaitan setiap item dalam instrumen Polyrate untuk memastikan PSP mendapat penarafan Tier enam.
8.Memantau urusan kemajuan dan status pencapaian KPI bagi PERSIST kepada Pengurusan Tertinggi sebagai pengukur keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan setiap unit dan jabatan.