Select your language

Penawaran Kursus

KURSUS SEPENUH MASA

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE):

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

 

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK):

  • Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

 

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM):

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)

 

Jabatan Perdagangan (JP):

  • Diploma Akauntasi
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam
  • Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan

 

KURSUS SEPARUH MASA

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Akauntansi-Diploma Pengajian Perniagaan

 

 

Sistem Pengajian

Hari-hari pengajian di politeknik adalah dari hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari kebiasaannya adalah mulai jam 8.15 pagi - 4.15 petang. Waktu rehat ialah dari jam 1.15 petang - 2.15petang. Walaubagaimanapun, pelajar perlu merujuk kepada jadual waktu yang ditetapkan bagi waktu-waktu kuliah, amali dan tutorial bagi kursus-kursus yang diambil. Pelajar juga perlu merujuk kepada pensyarah modul sekiranya ada kuliah tambahan atau perubahan kuliah/amali di luar jangka.

Kehadiran pelajar adalah wajib bagi semua aktiviti kuliah, amali (makmal/bengkel), tutorial, kokurikulum serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan program akademik.

Pelajar yang tidak hadir melebihi 3 hari berturut-turut tanpa kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa alasan dan sebab yang munasabah, boleh diberhentikan pengajian di politeknik . Pelajar juga boleh diberhentikan pengajian di politeknik di atas sebab-sebab seperti melanggar peraturan disiplin, tidak menunjukkan kecenderungan atau minat dengan pengajian atau pencapaian peperiksaan yang tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan.

Pelajar yang berhasrat untuk berhenti atau menangguh pengajian di atas sebab-sebab tertentu boleh berbuat demikian dengan mengisi borang berhenti pengajian / borang tangguh pengajian. Walaubagaimanapun pelajar diminta merujuk kepada penasihat akademik masing-masing terlebih dahulu.

Setiap pelajar diwajibkan mendaftar kursus pada awal semester. Pendaftaran kursus dilakukan selepas pelajar berbincang dengan penasihat akademik masing-masing. Pelajar dikehendaki mendaftar menggunakan borang pendaftaran kursus yang disediakan dan mengemukakannya kepada penasihat akademik. Pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

Selepas pendaftaran, pelajar boleh memohon untuk menggugur/menambah kursus. Pengguguran atau penambahan kursus boleh dibuat dengan alasan-alasan yang kukuh dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Pengguguran/penambahan kursus boleh dibuat dengan mengisi borang pengguguran/penambahan kursus dan dihantar kepada penasihat akademik pada tarikh yang ditetapkan.

Semua kuliah wajib dihadiri oleh pelajar. Pelajar perlu memenuhi syarat kehadiran kuliah tidak kurang daripada 80% bagi membolehkan pelajar mengambil peperiksaan (bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir) di akhir semester. Surat tunjuk sebab perlu dikemukakan kepada pensyarah kursus berkenaan sekiranya pelajar gagal menghadiri kuliah yang ditetapkan. Kegagalan pelajar melaksanakan tanggungjawab ini boleh menyebabkan pelajar ditahan daripada mengambil peperiksaan di akhir semester.

Selain daripada kuliah, kerja amali di makmal/bengkel adalah sangat penting.Ianya merupakan pelengkap yang memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar mengenai sesuatu kursus yang diambil.

Sistem penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu kursus dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM). Mengikut SNM, skor atau mata bagi sesuatu kursus akan diambilkira bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan pencapaian akademik seseorang pelajar di dalam beberapa semester sehingga kini.

Diploma Lanjutan 6 - 11 semester
Diploma 5 - 9 semester
Sijil 3 - 7 semester

Latihan Industri

1. PENGENALAN
LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

2. HASIL PEMBELAJARAN
Selepas melengkapkan kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu:
2.1. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
2.2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
2.3. Mengamalkan kerja berpasukan.
2.4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
2.5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.

Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan

 

Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan adalah program yang terkenal dan sangat digemari oleh kebanyakkan majikan di seluruh dunia. Program ini dibangunkan adalah untuk membantu pihak pengurusan untuk merancang, melaksana dan menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperoleh dalam pelbagai bidang logistic dan industri rangkaian bekalan. Kandungan kursus direka bagi menggabungkan semua aspek Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan, sekali gus mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang yang berkaitan.

 SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan memnuhi syarat minmum berikut:
    • Lulus Bahasa Melayu
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Lulus Sejarah
    • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
    • Mendapat 5 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran yang lain yang belum diambil kira

 BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris 
  • Bahasa Melayu

PROSPEK KERJAYA

Graduan dalam program Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan boleh memperolehi kerjaya sebagai :

  • Pegawai/ Eksekutif Rangkaian Bekalan
  • Pegawai/ Eksekutif Logistik
  • Pegawai/ Eksekutif Pembelian
  • Pegawai/ Eksekutif Gudang
  • Pegawai/ Eksekutif Pengangkutan
  • Pegawai/ Eksekutif Pengeluaran
  • Pegawai/ Eksekutif Kargo
  • Pegawai/ Eksekutif Pusat Pengedaran
  • Logistik Penganalisis
  • Penganalisis Rangkaian Bekalan
  • Pegawai/ Eksekutif Jaminan Kualiti
  • Perancang Logistik
  • Perancang Pengangkutan
  • Perancang Pengeluaran
  • Eksekutif Kawalan Inventori