Select your language

Penganugerahan

1. ANUGERAH KETUA JABATAN

Syarat-syarat penganugerahan

  • Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester yang dinilai.
  • Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang diambil pada semester yang dinilai.
  • Telah mengambil jumlah kredit bersamaan 12 kredit (pelajar sepenuh masa)dan 5 kredit (pelajar KSS) atau lebih pada semester yang dinilai seperti yang telah ditetapkan dalam buku ‘Arahan-Arahan Pepeiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia’.
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik pada semester yang dinilai.

2. ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN

Syarat-syarat penganugerahan

  • Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.

3. ANUGERAH KEPIMPINAN POLITEKNIK SEBRANG PERAI

Anugerah Kepimpinan Politeknik Seberang Perai ini diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan aktif dalam kepimpinan sepanjang sesi pengajian di politeknik. Kriteria markah diberikan berdasarkan penglibatan kepimpinan di politeknik dan juga mendapat banyak pengiktarafan dari pihak luar. Pelajar juga terlibat secara aktif dalam majlis perwakilan pelajar, sukan, keusahawanan dan juga khidmat masyarakat.

4. ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK

i.  Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Politeknik)
Kaedah Pencalonan & Pemilihan

  • Seorang lulusan terbaik keseluruhan untuk setiap sesi pengajian akan dipilih
  • Jawatankuasa Kecil Pemilihan akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Ringkasan Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum.
  • Keputusan Jawatankuasa induk adalah muktamad

ii.  Anugerah Projek Terbaik (Politeknik)

Anugerah diberikan kepada kumpulan pelajar yang telah berjaya menghasilkan projek semester akhir yang terbaik di Politeknik berkenaan bagi setiap sesi pengajian. Kriteria pemarkahan bagi Anugerah Projek Terbaik ini merujuk kepada Borang pencalonan  Anugerah Projek Terbaik.

5.ANUGEAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM

Syarat-syarat penganugerahan

  • Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
  • Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang telah diambil.
  • Bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
  • Calon mesti mencapai jumlah markah minimum 80% (dinilai melalui Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum).
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.

 Kaedah Pencalonan & Pemilihan

  • Anugerah ini diberikan kepada lulusan terbaik dari jabatan bagi setiap sesi pengajian ketika majlis konvokesyen politeknik
  • Penerima anugerah terdiri daripada seorang penerima sahaja bagi setiap jabatan
  • Keputusan penilaian semua semester, rekod dan sijil kegiatan sukan dan kokurikulum akan diguna pakai sebagai asas pencalonan
  • Jawatankuasa Pemilihan Induk akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum.
  • Keputusan Jawatankuasa induk adalah muktamad.

6. PENGANUGERAHAN

Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan Sijil bagi sesuatu program yang ditetapkan sekiranya telah memenuhi criteria berikut: 

  • Lulus semua kursus yang ditetapkan bagi program berkenaan
  • Mendapat HPNM bersamaan atau lebih daripada 2.00
  • Memperolehi spenuhnya jumlah kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program; dan
  • Telah diperakui oleh Lembaga Peperiksaan.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan yang terbesar di empat jabatan akademik di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai tenaga kerja mahir dan dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang baik.

Jabatan ini mempunyai pasukan pensyarah dan kakitangan yang bekerja bersama-sama untuk memastikan jabatan mencapai matlamatnya untuk menghasilkan kualiti yang separa professional, bertanaga, inovatif dan pro-aktif dalam bidang pembuatan, kejuruteraan loji dan kejuruteraan tekstil bersama-sama dengan wawasan negara untuk mencapai status industri penuh pada 2020. Jabatan ini memepunyai komitment penuh untuk menawarkan kursus di peringkat diploma.

SYARAT KEMASUKAN

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti:

• Jurutera Penolong Loji
• Juruteknik Mekanikal
• Juruteknik Proses
• Penyelenggaraan Loji & Juruteknik Operasi
• Operator Loji
• Juruteknik Am
• Apprentice (Boiler Man & Jurutera Stim)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan yang terbesar di empat jabatan akademik di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai tenaga kerja mahir dan dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang baik.

Jabatan ini mempunyai pasukan pensyarah dan kakitangan yang bekerja bersama-sama untuk memastikan jabatan mencapai matlamatnya untuk menghasilkan kualiti yang separa professional, bertanaga, inovatif dan pro-aktif dalam bidang pembuatan, kejuruteraan loji dan kejuruteraan tekstil bersama-sama dengan wawasan negara untuk mencapai status industri penuh pada 2020. Jabatan ini memepunyai komitment penuh untuk menawarkan kursus di peringkat diploma.

SYARAT KEMASUKAN

 BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti:

• Usahawan Tekstil
• Teknokrat Tekstil
• Penolong Jurutera
• Juruteknik Makmal
• Penyelia
• Juruteknik
• Operator Mesin

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan yang terbesar di empat jabatan akademik di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai tenaga kerja mahir dan dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang baik.

Jabatan ini mempunyai pasukan pensyarah dan kakitangan yang bekerja bersama-sama untuk memastikan jabatan mencapai matlamatnya untuk menghasilkan kualiti yang separa professional, bertanaga, inovatif dan pro-aktif dalam bidang pembuatan, kejuruteraan loji dan kejuruteraan tekstil bersama-sama dengan wawasan negara untuk mencapai status industri penuh pada 2020. Jabatan ini memepunyai komitment penuh untuk menawarkan kursus di peringkat diploma.

SYARAT KEMASUKAN

 BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti:

• Pembantu Teknik
• Pakar Teknikal
• CNC Programmer
• Juruteknik Kualiti
• Pengeluaran/Perancang Proses
• Juruteknik Pembelian
• Pereka Produk
• Pereka Draf 

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan yang terbesar di empat jabatan akademik di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai tenaga kerja mahir dan dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang baik.

Jabatan ini mempunyai pasukan pensyarah dan kakitangan yang bekerja bersama-sama untuk memastikan jabatan mencapai matlamatnya untuk menghasilkan kualiti yang separa professional, bertanaga, inovatif dan pro-aktif dalam bidang pembuatan, kejuruteraan loji dan kejuruteraan tekstil bersama-sama dengan wawasan negara untuk mencapai status industri penuh pada 2020. Jabatan ini memepunyai komitment penuh untuk menawarkan kursus di peringkat diploma.

SYARAT KEMASUKAN

 BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 PROSPEK KERJAYA

Bidang pekerjaan adalah luas dalam pelbagai jawatan seperti :

• Pembantu Teknikal
• Penolong Pengurus Perkhidmatan
• Penasihat Perkhidmatan
• Penyelia
• Penolong Jurutera