1. ANUGERAH KETUA JABATAN
Syarat-syarat penganugerahan
- Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB) dengan Purata Nilai Mata (PNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester yang dinilai.
- Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang diambil pada semester yang dinilai.
- Telah mengambil jumlah kredit bersamaan 12 kredit (pelajar sepenuh masa)dan 5 kredit (pelajar KSS) atau lebih pada semester yang dinilai seperti yang telah ditetapkan dalam buku ‘Arahan-Arahan Pepeiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia’.
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik pada semester yang dinilai.
2. ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN
Syarat-syarat penganugerahan
- Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.
3. ANUGERAH KEPIMPINAN POLITEKNIK SEBRANG PERAI
Anugerah Kepimpinan Politeknik Seberang Perai ini diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan aktif dalam kepimpinan sepanjang sesi pengajian di politeknik. Kriteria markah diberikan berdasarkan penglibatan kepimpinan di politeknik dan juga mendapat banyak pengiktarafan dari pihak luar. Pelajar juga terlibat secara aktif dalam majlis perwakilan pelajar, sukan, keusahawanan dan juga khidmat masyarakat.
4. ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK
i. Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum (Politeknik)
Kaedah Pencalonan & Pemilihan
- Seorang lulusan terbaik keseluruhan untuk setiap sesi pengajian akan dipilih
- Jawatankuasa Kecil Pemilihan akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Ringkasan Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum.
- Keputusan Jawatankuasa induk adalah muktamad
ii. Anugerah Projek Terbaik (Politeknik)
Anugerah diberikan kepada kumpulan pelajar yang telah berjaya menghasilkan projek semester akhir yang terbaik di Politeknik berkenaan bagi setiap sesi pengajian. Kriteria pemarkahan bagi Anugerah Projek Terbaik ini merujuk kepada Borang pencalonan Anugerah Projek Terbaik.
5.ANUGEAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & KOKURIKULUM
Syarat-syarat penganugerahan
- Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
- Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang telah diambil.
- Bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum.
- Calon mesti mencapai jumlah markah minimum 80% (dinilai melalui Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum).
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik.
Kaedah Pencalonan & Pemilihan
- Anugerah ini diberikan kepada lulusan terbaik dari jabatan bagi setiap sesi pengajian ketika majlis konvokesyen politeknik
- Penerima anugerah terdiri daripada seorang penerima sahaja bagi setiap jabatan
- Keputusan penilaian semua semester, rekod dan sijil kegiatan sukan dan kokurikulum akan diguna pakai sebagai asas pencalonan
- Jawatankuasa Pemilihan Induk akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum.
- Keputusan Jawatankuasa induk adalah muktamad.
6. PENGANUGERAHAN
Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan Sijil bagi sesuatu program yang ditetapkan sekiranya telah memenuhi criteria berikut:
- Lulus semua kursus yang ditetapkan bagi program berkenaan
- Mendapat HPNM bersamaan atau lebih daripada 2.00
- Memperolehi spenuhnya jumlah kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program; dan
- Telah diperakui oleh Lembaga Peperiksaan.