Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah merupakan salah sebuah organisasi yang memainkan peranan sebagai jabatan sokongan akademik bagi pelaksanaan semua program pengajian di Politeknik Seberang Perai. JPA terdiri daripada Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Jabatan ini berperanan sebagai penyelaras kepada kursus-kursus Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Moral.
Misi
Meningkatkan prestasi akademik dan kerohanian pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi
Membangunkan potensi holistik pelajar secara seimbang bagi pembelajaran sepanjang hayat.
Objektif
1. Melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia
2. Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar agar dapat berkomunikasi dengan baik di dalam suasana formal dan tidak formal.