Accessibility Tools

Select your language

 

Unit Jaminan Kualiti (UJK)

Pengenalan Unit

Unit Jaminan Kualiti (UJK) berperanan sebagai entiti teras dalam memastikan kecemerlangan akademik institusi melalui pengurusan komprehensif merangkumi kurikulum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), pensijilan, akreditasi, audit naziran serta audit dalaman. Unit ini bertanggungjawab menyelaras pembangunan dan pelaksanaan kurikulum serta takwim PdP, di samping memantau keberkesanan proses PdP agar sentiasa selari dengan keperluan piawaian pensijilan ISO 21001:2018 dan ISO 45001:2018.

Dalam aspek akreditasi, UJK memastikan semua program pengajian memenuhi keperluan badan profesional serta kawal selia seperti Malaysian Qualifications Agency (MQA), Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT). Selain itu, unit ini turut memperkukuh pencapaian institusi dalam audit naziran, khususnya melalui pematuhan terhadap keperluan Penilaian Naziran Akademik (PeNA).

Pelaksanaan audit dalaman secara berkala menjadi mekanisme penting bagi menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kualiti, seterusnya mengenal pasti ruang penambahbaikan berterusan. Secara keseluruhannya, UJK mengamalkan pendekatan pengurusan yang sistematik dan berstruktur bagi menjamin keberkesanan, ketelusan serta kebolehpercayaan sistem penyampaian pendidikan institusi.

Carta Organisasi

Carta Organisasi UJK

Aktiviti dan Program

Januari 2026
- Menyelaras penyediaan Pelan Strategik PSP yang selari dengan aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
- Bengkel Penambahbaikan dan Pengurusan Portal UJK
Februari 2026
- Audit Pematuhan 1 ISO 21001:2018
Mac 2026
- Bengkel Penyediaan Self-Review Report (SRR) 2026
- Bengkel/Mesyuarat Semakan Bersama EA
April 2026
- Pengisian Penilaian Kendiri iPeNA
Mei 2026
- Lawatan Penanda Ara Program Diploma of Engineering Technology in Mechanical Design & Development, UNIKL MSI ke Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, PSP
Jun 2026
- Bengkel Penyediaan Dokumen Kualiti ke arah Peralihan ISO21001:2025
- Lawatan Penanda Aras Unit Jaminan Kualiti & Akreditasi PPD dan PTSB ke UJK, PSP
- Bengkel Pemantapan Kerja Berpasukan & Kesejahteraan Mental
- Taklimat Pengendalian PdP Sesi 1 2026/2027 dan Bengkel Penyediaan FRP
Julai 2026
- Lawatan Penanda Aras – audit FA (POLIMAS/PUO/PTSB/PBU/PNS)
Ogos 2026
- Audit Pematuhan 1 ISO 45001:2018
- Kursus Pensijilan Juruaudit Dalaman ISO 21001:2025
September 2026
- Audit Dalam EOMS
Oktober 2026
- Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
November 2026
- Taklimat Pengendalian PdP Sesi 2 2026/2027
Disember 2026
- Semakan dalaman / QA Draf SRR

Pencapaian UJK

1. Pensijilan ISO 21001:2018
2. Pensijilan ISO 45001:2018

Hubungi

Anis Mardhiyah Binti Azroai
Pegawai Pengurusan Kualiti
04-5383322 samb: 1172
ujkpsp@psp.edu.my

Infografik

Infografik UJK