Accessibility Tools

Select your language

 

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)

Pengenalan Unit

LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Hasil Pembelajaran

Selepas melengkapkan kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu:


  • Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
  • Mengamalkan kerja berpasukan.
  • Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
  • Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.

Carta Organisasi

Carta Organisasi UPLI

Aktiviti dan Program

  • Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi 1 : 2026/2027
  • Taklimat Persediaan Latihan Industri Sesi 1 : 2026/2027
  • Taklimat Kerjaya bersama Politeknik Seberang Perai dengan kerjasama Unit CISEC, UPLI dan Selangor Human Resources and Development Centre (SHRDC) bagi Sesi 2:2025/2026
  • Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Sesi 2:2025/2026 (Fasa 1)
  • Program ‘Train & Place’ dan Sesi Interview Bersama Industri

Lampiran gambar aktiviti:

Bengkel Pengurusan Latihan Industri Tahun 2026
Tarikh: 23 Januari 2026
Tempat: Bilik Tayangan UIDM, Politeknik Seberang Perai

Pencapaian
Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi 1: 2026/2027
Tarikh: 4 Februari 2026
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai

Pencapaian
Taklimat Persediaan Latihan Industri Sesi 1: 2026/2027
Tarikh: 1 April 2026
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai

Pencapaian
Taklimat kerjaya bersama Politeknik Seberang Perai dengan kerjasama Unit CISEC, UPLI dan Selangor Human Resources and Development Centre (SHRDC) bagi sesi 2: 2025/2026
Tarikh: 23 April 2026
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai

Pencapaian
Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Sesi 2: 2025/2026 (Fasa 1)
Tarikh: 18 Mei 2026
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai

Pencapaian
Program 'Train & Place' dan Sesi Interview bersama Industri
Tarikh: 18 Mei 2026
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai

Pencapaian

Pencapaian UPLI

Latihan Industri Sesi 2: 2025/2026
Dua orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Seberang Perai yang sedang menjalani Latihan Industri di Syarikat IAS Automation Sdn. Bhd. telah terpilih untuk menyiapkan sebuah projek bersama syarikat di Vietnam selama hampir dua bulan.

Pencapaian

Hubungi

Zaliati Binti Jaafar
Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (Ketua Unit)
Ext: 1024
zaliati@psp.edu.my
Rafidah Binti Tan Shilan
Pegawai Latihan Industri (Latihan)
Ext: 1066
rafidahtsl@psp.edu.my
Nur Farhana Binti Rusdi
Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (Perhubungan)
Ext: 2117
farhanarusdi@psp.edu.my