Accessibility Tools

Select your language

 

Unit Perpustakaan Politeknik Seberang Perai 

Pengenalan Unit

Unit Perpustakaan Politeknik Seberang Perai memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong serta membantu pengguna dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajian, serta memperkaya sumber rujukan serta meningkatkan tahap literasi maklumat dalam kalangan pelajar dan warga akademik.

Berfungsi sebagai pusat sokongan akademik yang aktif melalui penganjuran pelbagai program, termasuk bengkel kemahiran maklumat, sesi bimbingan penyelidikan, serta latihan penggunaan sumber digital. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran pembelajaran kendiri pelajar, malah turut membentuk individu yang berdaya saing, berilmu pengetahuan luas, dan berkeupayaan menyesuaikan diri dengan tuntutan dunia pendidikan serta alam kerjaya pada masa hadapan.

Sejarah Penubuhan

Dengan keluasan lantai seluas 3,000 meter persegi, perpustakaan ini berupaya menampung sehingga 800 orang pengguna pada satu masa. Perpustakaan ini mula beroperasi pada 19 Julai 1999 dan seterusnya menawarkan perkhidmatan pinjaman bermula 25 Oktober 1999. Sehingga kini, perpustakaan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan keperluan semasa pengguna.

Selain itu, perpustakaan PSP turut menyediakan pelbagai bahan ilmiah seperti buku, jurnal, majalah, serta akses kepada pangkalan data digital yang terkini bagi memenuhi keperluan maklumat yang pelbagai. Kemudahan yang selesa, persekitaran yang kondusif, serta perkhidmatan yang mesra pengguna juga membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif.

Visi

Membangunkan koleksi serta menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang efisien, sistematik dan mesra pelanggan.

Misi

Menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan melalui penggunaan teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa mahir.

Objektif

  • Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyediakan dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti serta terkini bagi semua program anjuran politeknik.
  • Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk memupuk minat membaca dan membudayakan ilmu.
  • Membantu melahirkan tenaga kerja separa profesional yang kreatif, berdaya saing serta memiliki sahsiah diri yang tinggi.

Fungsi Perpustakaan

  • Menyediakan bahan rujukan dan bacaan yang komprehensif bagi menyokong kurikulum dan penyelidikan.
  • Menjadi pusat maklumat utama kepada warga politeknik.
  • Menyokong aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan akses kepada sumber maklumat bercetak dan elektronik.

Kemudahan dan Fasiliti yang Disediakan

  • Ruang Bacaan yang selesa dan kondusif
  • Bilik Perbincangan berkumpulan
  • Bilik Seminar dan Ruangan Karel
  • Ruang Komputer, Capaian Internet & Wi-Fi

Perkhidmatan Utama

  • Perkhidmatan Sirkulasi
  • Perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat maklumat
  • Akses kepada pangkala data elektronik (e-book, e-journal)
  • Perkhidmatan OPAC (Online Public Access Catalogue)
  • Program literasi maklumat dan latihan pengguna

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 4:30 Petang

Sumber Koleksi

Perpustakaan ini menyediakan lebih daripada 50,000 koleksi bahan rujukan, termasuk sumber elektronik yang merangkumi pelbagai bidang dan kursus pengajian yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai. Sistem pengkelasan yang digunakan ialah Library of Congress (LC). Manakala sistem pengurusan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dikenali sebagai Sistem KOHA, iaitu Sistem Maklumat Perpustakaan Bersepadu berasaskan perisian sumber terbuka (open source). Sistem ini dibangunkan mengikut protokol dan piawaian perpustakaan bagi memastikan kesesuaian, kecekapan fungsi serta keupayaan integrasi dengan sistem lain.

Rakan Kolaborasi

  • Perpustakaan PolyCC
  • Perpustakaan Universiti
  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • Perpustakaan Awam Negeri

Program dan Aktiviti

  • Bengkel Literasi Maklumat
  • Program Galakan Membaca / Telaah

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perpustakaan Politeknik Seberang Perai melalui laman web rasmi di http://www.psp.edu.my/library/ sebagai rujukan dan panduan.

Hubungi

Noor Liza Bt Hasbullah
Pustakawan (Ketua Unit)
Ext: 1123
lizahasbullah@psp.edu.my
Zaliza Binti Zakaria
Penolong Pustakawan
Ext: 1121
zaliza@psp.edu.my
Mohd Fahmi Bin Zakaria
Pembantu Pustakawan
Ext: 5223/1126
fahmi.zakaria@psp.edu.my
Aminudin Bin Abu Bakar
Pembantu Pustakawan
Ext: 5223/1126
aminudin@psp.edu.my
Sharifah Zetty Binti Syed Baharuddin
Pembantu Pustakawan
Ext: 1126
shzetty@psp.edu.my
Azlia Binti Azhar
Pembantu Pustakawan
Ext: 1126
azlia@psp.edu.my