Accessibility Tools

Select your language

 

Unit Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko (UPSPR)

Pengenalan Unit

Unit pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko (UPSPR) merupakan unit sokongan utama di bawah Pejabat Pengarah yang bertanggungjawab merancang, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan strategi organisasi. Unit ini menggabungkan tiga fungsi teras iaitu Strategik, Prestasi, dan Risiko bagi memastikan Politeknik Seberang Perai sentiasa berada di landasan yang betul dalam mencapai visi dan misinya sebagai institusi TVET peneraju.

Objektif Unit

  • Merancang: Menyelaras penyediaan Pelan Strategik PSP yang selari dengan aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
  • Menyelaras Pelaksanaan: Merangka dan menyelaraskan Takwim Tahunan serta Pelan Tindakan organisasi bagi memastikan setiap program dilaksanakan secara teratur, efisien, dan menepati garis masa yang ditetapkan.
  • Memantau (Persyst): Memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan dan unit dipantau secara berkala melalui sistem pengurusan prestatsi bagi mencapai sasaran tahunan yang ditetapkan.
  • Mengurus Risiko: Mengenal pasti dan menguruskan potensi Risiko yang boleh menjejaskan pencapaian objektif organisasi melalui kerangka kerja yang sistematik.

Unit ini terdiri daripada 4 bahagian yang penting iaitu Pengurusan Strategik, Pengurusan Prestasi, Pengurusan Risiko serta Pengurusan Takwim dan Pekan Tindakan.



Fungsi dan Skop Tugas Bahagian:

a) Pelan Strategik

Bahagian ini merupakan penggerak utama dalam menentukan hala tuju jangka Panjang organisasi.


  • Penyediaan Dokumen: Menyelaras penyediaan, penerbitan, dan penyebaran dokumen Pelan Strategik PSP yang selari dengan pelan Strategik JPPKK dan KPT.
  • Penjajaran Strategi: Memastikan setiap jabatan dan unit memahami serta menjajarkan aktiviti mereka dengan objektif strategik organisasi.

b) Takwim dan Pelan Tindakan

Bahagian ini bertanggungjawab memastikan perancangan tahunan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.


  • Penyelarasan Takwim: Merangka dan menyelaraskan Takwim Aktiviti Tahunan PSP bagi mengelakkan pertindihan program utama.
  • Pemantauan Pelan Tindakan: Memantau pelaksanaan pelan tindakan di peringkat jabatan/unit bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan.
  • Pelaporan Status: Menyediakan laporan berkala mengenai status pelaksanaan aktiviti tahunan kepada pihak pengurusan tertinggi.

c) Persyst (Performance System)

Bahagian ini memfokuskan kepada pengurusan data prestasi dan pendigitalan sistem pelaporan.


  • Pengurusan KPI: Menyelaras penetapan dan pengumpulan data Petunjuk Prestasi Utama (KPI) melalui sistem pelaporan prestasi (Persyst).
  • Analisis Prestasi: Menganalisis data pencapaian bagi mengenal pasti jurang prestatsi dan mencadangkan Langkah penambahbaikan.
  • Verifikasi Data: Memastikan kesahihan data prestasi yang dibekalkan oleh pemilik KPI sebelum dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan.

d) Risiko

Bahagian ini berperanan sebagai pelindung organisasi daripada ketidaktentuan yang boleh menjejaskan objektif.


  • Pembangunan Daftar Risiko: Mengenal pasti potensi Risiko dalam aspek akademik, kewangan, operasi dan reputasi serta penyelenggara Daftar Risiko Organisasi.
  • Penilaian & Mitigasi: Menilai tahap Risiko (impak dan kebarangkalian) serta merangka pelan tindakan mitigasi untuk mengurangkan Kesan risiko.

Carta Organisasi

Carta Organisasi UPSPR

Hubungi

Nor Fathimah Binti Fathil
Ketua Unit Pengurusan Strategik, Prestasi & Risiko
019-4750284
fathimah@psp.edu.my
Ts. Azman Bin Ahmad
Ketua Penyelaras Pelan Strategik
013-4848148
azman@psp.edu.my
Dr. Nor Hatizal Binti Amarul Shah
Penyelaras Takwim Dan Pelan Tindakan
011-62436391
norhatizal@psp.edu.my
Dr. Nur Azilina Binti Abdul Aziz
Penyelaras Persyst
017-4887367
drazilina@psp.edu.my
Samsiah Binti Shaaban
Pegawai Risiko
013-7069535
samsiahs@psp.edu.my