UNIT PEMBANGUNAN DAN SENGGARAAN
Pengenalan
Unit Pembangunan dan Senggaraan (UPS) Politeknik Seberang Perai diketua oleh seorang Jurutera yang bertindak sebagai Pegawai Pembangunan dan Senggaraan. Unit ini diperkuatkan dengan 16 Penolong Jurutera dan disokong oleh seorang Pembantu Kemahiran. UPS bertanggungjawab merancang, mengurus, dan menyelaras pembangunan fizikal, penyelenggaraan infrastruktur, serta Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan.
Melalui perkhidmatan kejuruteraan yang cekap, yang merangkumi tiga skop utama iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik, unit memastikan semua kemudahan kampus berada dalam keadaan selamat, berfungsi, dan kondusif bagi menyokong pelaksanaan program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Unit ini memastikan semua aduan kerosakan ditangani dengan cekap dan berkesan yang selari dengan KPI yang ditetapkan serta melaksanakan projek pembangunan baharu, naik taraf, dan pengubahsuaian mengikut piawaian teknikal dan peraturan kerajaan yang diluluskan.
Objektif Unit
Untuk mencapai hasrat Politeknik Seberang Perai dalam menyediakan perkhidmatan yang efisien serta memastikan setiap aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan berkesan, Unit Pembangunan dan Senggaraan menetapkan objektif berikut:
- Menyokong pelaksanaan program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
- Memastikan kemudahan dan infrastruktur kampus berada dalam keadaan selamat, berfungsi, dan kondusif.
- Memberi perkhidmatan kejuruteraan yang cekap dan berkesan.
- Menyediakan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan yang teratur, sistematik, dan mematuhi prosedur.
- Mengamalkan budaya pengurusan kerja yang berkualiti demi kepuasan pelanggan.
- Memastikan persekitaran yang selari dengan falsafah kampus sejahtera.
Citra Staf Unit Pembangunan dan Senggaraan
"Pasukan Unit Pembangunan & Senggaraan berkomitmen memastikan semua kemudahan dan infrastruktur kampus berada dalam keadaan selamat, berfungsi, dan kondusif bagi menyokong pelaksanaan program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Kami gembira menyelesaikan masalah, menambahbaik kemudahan, dan melihat sendiri kesudahan serta kejayaan setiap projek. Kepuasan terbesar kami ialah memberi impak positif kepada warga kampus melalui perkhidmatan kejuruteraan yang cekap dan penyelenggaraan yang berkesan."
Skop Tugas/Aktiviti
Unit Pembangunan & Senggaraan Politeknik Seberang Perai bertanggungjawab:
- Merancang dan melaksanakan projek pembangunan, naik taraf, dan pengubahsuaian kemudahan kampus.
- Menyelaras penyelenggaraan bangunan, utiliti, dan peralatan.
- Mengurus rekod, keadaan, dan keselamatan Aset Tak Alih Kerajaan.
- Mengambil tindakan terhadap setiap kerosakan yang diterima melalui Sistem e-aduan dalam tempoh mengikut KPI sebagai komitmen terhadap respons teknikal yang pantas dan berkesan.
- Memastikan pematuhan standard kejuruteraan, keselamatan, dan prosedur kerajaan.

