Accessibility Tools

Select your language

Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2/2025

Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2/2025

Unit Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko Politeknik Seberang Perai melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Peluang, telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2 bagi Tahun 2025 melibatkan seramai 45 orang peserta.
Penganjuran bengkel ini merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang telah dilaksanakan pada awal tahun, bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan pengurusan risiko secara menyeluruh di peringkat jabatan dan unit di PSP.
Bengkel kali ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Pengurusan Tertinggi PSP yang turut dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) serta Ketua-ketua Jabatan dan Unit.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mengemaskini tindakan kawalan risiko serta pelan tindakan yang berakhir bagi Sukuan 3 Tahun 2025. Selain itu, bengkel ini turut memberi tumpuan kepada kemaskini status tindakan isu/risiko bagi tempoh Sukuan 3 dan Sukuan 4 Tahun 2025, agar setiap jabatan dapat menilai semula tahap risiko dan memastikan tindakan kawalan diambil secara berkesan serta berterusan.
Sesi bengkel telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator iaitu Pn. Samsiah Bt Sha’aban, Pegawai Risiko PSP dan Pn. Norhafizah Akmal Bt Sukri, Penyelaras Risiko PSP. Kedua-dua fasilitator telah memainkan peranan penting dalam membimbing peserta melalui sesi semakan dan penilaian semula tahap risiko di peringkat jabatan serta unit.
Sepanjang sesi bengkel, peserta telah menjalani proses semakan data risiko jabatan dan unit masing-masing dan membentangkan hasil kemaskini laporan risiko di hadapan pihak pengurusan tertinggi. Perbincangan yang dijalankan telah membolehkan peserta berkongsi pandangan, cadangan serta langkah penambahbaikan dalam memastikan laporan risiko diseragamkan mengikut kehendak institusi.
Secara keseluruhannya, penganjuran Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2/2025 ini mencerminkan komitmen berterusan Politeknik Seberang Perai dalam memperkukuh pelaksanaan kawalan risiko serta meningkatkan kecekapan tadbir urus institusi.
 
251021.Risiko1 251021.Risiko2 251021.Risiko3