- Mengenai PSP
- Hits: 11145
Logo & Cokmar
Logo

Warna
Warna MERAH melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna HITAM pula mewakili aspek profesionalisme.
Bucu
Empat (4) bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik serta empat (4) komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training.
Lengkungan
Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.
Tulisan pada Logo
“POLITEKNIK”
Font Dodge yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global.
“MALAYSIA”
Menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan elemen kemodenan.
“POLITEKNIK SEBERANG PERAI”
Cambria Bold digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing melalui rupa huruf jenis serif yang lebih formal.
Cokmar

Mace Politeknik Seberang Perai
Direkabentuk khas bagi melambangkan sebuah pusat pengajian yang mendidik pelajar dari peringkat asas sehingga ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan.
Bentuk Menara
Melambangkan pusat pencarian ilmu yang membawa pelajar ke kedudukan lebih baik serta menggambarkan identiti pelajar yang mempunyai wawasan luas dan pandangan jauh.
Kerawang Emas
Melambangkan nilai ilmu yang sangat berharga serta kebudayaan kebangsaan yang terus dipelihara dalam akademik, sahsiah dan semangat cintakan negara.

