Accessibility Tools

Select your language

Program Derma Darah Hospital Seberang Jaya 2025 Terima Sambutan Menggalakkan di PSP

Program Derma Darah Hospital Seberang Jaya 2025 Terima Sambutan Menggalakkan di PSP

Program Derma Darah anjuran Unit Perubatan Transfusi Hospital Seberang Jaya dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai (PSP) telah berjaya dilaksanakan dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelajar serta staf institusi berkenaan.
Program ini turut menampilkan sesi ceramah kesedaran mengenai kepentingan menderma darah yang disampaikan oleh Dr. Intan Shafinaz binti Sudin, Pakar Perubatan Transfusi, Jabatan Patologi, Hospital Seberang Jaya. Ceramah tersebut memberi penerangan mengenai manfaat derma darah serta peranan pentingnya dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.
Majlis turut mendapat sokongan kehadiran barisan pengurusan Politeknik Seberang Perai iaitu Pengarah PSP, Tn. Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Ts. Dr. Zulhadi bin Zakaria (TPA), Ts. Mohamad Annuar bin Morzuke (TPSA) dan Encik Mohd Rizwan bin Elias (KJHEP), selain disertai Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Perubatan dari Hospital Seberang Jaya.
Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial dalam kalangan warga PSP, malah membuka ruang kepada peserta untuk menimba pengetahuan tentang prosedur dan manfaat menderma darah.
Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha berterusan dalam memupuk semangat kesukarelawan terhadap masyarakat.
 
251028.DermaDarah1 251028.DermaDarah2 
251028.DermaDarah3
 
 
Program “IR4.0 Nexus: Integrating Logic, Power and People”

Program “IR4.0 Nexus: Integrating Logic, Power and People”

Seramai 50 orang pelajar semester 3,4 dan 5 terdiri daripada pelajar program DKM,DTP & DJL terlibat dalam Program “IR4.0 Nexus:Integrating Logic, Power and People”. Program ini merupakan Inisiatif pensyarah kursus Engineering and Society (DJJ30332/DJJ40132) dan Pneumatic and Hydraulic (DJJ40153) dengan kerjasama unit IEEP JKM dalam memberi perkongsian mengenai tranformasi IR4.0 dalambidang kejuruteraan dan perkaitan hubungan dengan kursus yang dipelajari. Selain itu, program ini turut memberi impak yang besar dari segi pengetahuan,kesedaran, dan motivasi kepada pelajar dalam memahami peranan mereka dalam ekosistem IR4.0. Ia menggalakkan pemikiran strategik dan inovatif dalam menerajui masa depan yang lebih pintar dan lestari.
Program berlangsung di dua tempat berbeza iaitu Dewan Kuliah Mekanikal dan Bilik TECC pada masa yang sama iaitu pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Ceramah berkaitan Pneumatic and Hydraulic yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Norhisyam Bin Salleh dari syarikat Rencom Engineering Sdn Bhd, Batu Kawan, Penang berlangsung di bilik TECC, JKM manakala perkongsian Dr. Muhammad Najib bin Abdul Hamid, Timbalan Dekan (Akademik & Teknologi) dan Ir. Ts. Dr Tajul Adli bin Abdul Razak dari Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) merupakan penceramah kedua yang bekongsi ilmu mengenai Professional Body bagi kursus Engineering and Society yang bertempat di Dewan Kuliah Mekanikal, JKM, PSP.
 
251024.Nexus2 251024.Nexus2
251024.Nexus4
Kursus Ekspresi Diri Warga Kerja PSP

Kursus Ekspresi Diri Warga Kerja PSP

Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan Kursus Ekspresi Diri yang bertujuan memupuk nilai penjagaan kendiri dari aspek mental dan fizikal dalam kalangan warga kerja PSP.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan pelbagai jabatan dan unit, sekaligus menjadi platform untuk meningkatkan keyakinan diri, potensi peribadi serta kemahiran mengurus tekanan dalam kehidupan seharian.
💡 Slot pertama bertajuk “Pengurusan Stres” telah disampaikan oleh Encik Ch’ng Bao Zhong, Pegawai Psikologi PSP, manakala slot kedua bertemakan “Penjagaan Kendiri (Self-Care)” dikendalikan oleh Puan Norhafizah binti Abdul Aziz, Ketua Unit Pengurusan Psikologi.
Melalui kursus ini, diharapkan setiap peserta dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang dan sihat demi kesejahteraan diri serta produktiviti kerja yang lebih optimum.
251024.Ekspresi1 251024.Ekspresi3 251024.Ekspresi4
Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2/2025

Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2/2025

Unit Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko Politeknik Seberang Perai melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Peluang, telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2 bagi Tahun 2025 melibatkan seramai 45 orang peserta.
Penganjuran bengkel ini merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang telah dilaksanakan pada awal tahun, bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan pengurusan risiko secara menyeluruh di peringkat jabatan dan unit di PSP.
Bengkel kali ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Pengurusan Tertinggi PSP yang turut dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) serta Ketua-ketua Jabatan dan Unit.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mengemaskini tindakan kawalan risiko serta pelan tindakan yang berakhir bagi Sukuan 3 Tahun 2025. Selain itu, bengkel ini turut memberi tumpuan kepada kemaskini status tindakan isu/risiko bagi tempoh Sukuan 3 dan Sukuan 4 Tahun 2025, agar setiap jabatan dapat menilai semula tahap risiko dan memastikan tindakan kawalan diambil secara berkesan serta berterusan.
Sesi bengkel telah dikendalikan oleh dua orang fasilitator iaitu Pn. Samsiah Bt Sha’aban, Pegawai Risiko PSP dan Pn. Norhafizah Akmal Bt Sukri, Penyelaras Risiko PSP. Kedua-dua fasilitator telah memainkan peranan penting dalam membimbing peserta melalui sesi semakan dan penilaian semula tahap risiko di peringkat jabatan serta unit.
Sepanjang sesi bengkel, peserta telah menjalani proses semakan data risiko jabatan dan unit masing-masing dan membentangkan hasil kemaskini laporan risiko di hadapan pihak pengurusan tertinggi. Perbincangan yang dijalankan telah membolehkan peserta berkongsi pandangan, cadangan serta langkah penambahbaikan dalam memastikan laporan risiko diseragamkan mengikut kehendak institusi.
Secara keseluruhannya, penganjuran Bengkel Pengurusan Risiko Siri 2/2025 ini mencerminkan komitmen berterusan Politeknik Seberang Perai dalam memperkukuh pelaksanaan kawalan risiko serta meningkatkan kecekapan tadbir urus institusi.
 
251021.Risiko1 251021.Risiko2 251021.Risiko3