Accessibility Tools

Select your language

Penginapan, Perkhidmatan & Keselamatan

PENGINAPAN

Penginapan di Kolej Kediaman Pelajar

1.Kemudahan penginapan di dalam kampus disediakan untuk pelajar lelaki dan wanita di kamsis. Oleh kerana bilangan tempat yang terhad, maka keutamaan kemudahan ini diberi kepada pelajar semester satu dan pelajar-pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar yang memerlukan penginapan di kamsis boleh memohon kepada Ketua Warden untuk pertimbangan.

Penginapan di Luar (Rumah Sewa)

2.Kebanyakan pelajar Politeknik Seberang Perai menginap di luar kampus dengan menyewa rumah-rumah sewa yang ada di persekitaran kampus Politeknik Seberang Perai. Terdapat pemilik-pemilik rumah sewa yang meninggalkan maklumat atau iklan tentang rumah sewa mereka di Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kesihatan

1.Semua pelajar politeknik layak mendapat rawatan di Hospital/Pusat Kesihatan Kerajaan. Bagi pelajar yang memerlukan rawatan di Hospital/Pusat Kesihatan Kerajaan, sila dapatkan surat pengesahan pelajar politeknik untuk tujuan rawatan di jabatan akademik induk melalui Penasihat Akademik masing-masing atau di kamsis melalui Warden.

Insurans

2.Semua pelajar berdaftar di Politeknik Seberang Perai adalah dilindungi oleh insuran secara berkelompok.

KESELAMATAN

1.Untuk tujuan keselamatan, semua kawasan pejabat, jabatan akademik, unit, bilik kuliah, makmal/bengkel, dewan serbaguna, dewan kuliah dan lain-lain kawasan yang diistiharkan, adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar selepas jam 7.00 petang.

2.Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengawal dan jabatan/unit sekiranya perlu berada di kawasan yang disebutkan untuk apa tujuan sekalipun.

Kaedah dan Garis Panduan Penggunaan Wireless

Kampus Politeknik Seberang Perai (PSP) diliputi oleh kemudahan Wifi di beberapa kawasan. Secara umumnya, terdapat dua liputan wifi iaitu :

  1. PSP Access
  2. PSP Wifi


Penggunaan PSP Access

  • Semua pelajar hanya perlu datang ke Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Unit ICT) untuk mendapatkan userid dan password . Pejabat UICT adalah bersebelah Makmal Am 1, Bangunan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
  • Kawasan yang diliputi PSP ACCESS ialah :
    • Jabatan Akademik
    • Bangunan Pentadbiran/ HEP
    • Perpustakaan
    • UIDM
    • DSM


Penggunaan PSP Wifi

  • Semua pelajar Kolej Kediaman Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan Wireless (PSP WIFI) perlu mengisi borang pendaftaran wifi. Pelajar boleh dapatkan borang daripada Unit ICT atau memuatturun borang di sini.
  • Borang hendaklah disahkan oleh Pejabat Asrama.
  • Setelah borang disahkan, sila datang ke Unit ICT dengan membawa borang dan komputer riba/netbook/ipad. Username dan password akan diberikan setelah semua proses selesai.
  • Kawasan yang diliputi PSP WIFI ialah :
    • Nurani 1 & 2
    • Bestari 2, 3 & 4
    • Cafeteria Kolej Kediaman Pelajar


Penggunaan Panduan Penggunaan Wireless

Hotel & Homestay

Bil  Hotel/Homestay  No Telefon
1  Mutiara Inn Politeknik Seberang Perai  04-5383322
2  Hotel Sunway Seberang Jaya  04-3707788
3  Pearl View Butterworth  04-3989888
4  Hotel Inderawasih Perai  04-3902815
5  Beauty House Hotel Butterworth  04-3233736
6  Butterworth Travel Lodge Butterworth  04-3333399
7  Embassy Hotel Butterworth  04-3235378
8  Hotel Summit Bukit Mertajam  04-5386666
9  Hotel Uitm Permatang Pauh  04-3823888
10  Hotel Palm Inn Bukit Mertajam  04-5307532
11  Nahdhoh Inn Bukit Mertajam  04-5213500
12  Safira Country Club Seberang Jaya  04-3983111
13  Nasmir Hotel Bukit Mertajam  04-5077755
14  Bukit Mertajam Inn Bukit Mertajam  04-5395344
15  Adamson Inn, Permatang Pauh  019-4426995 / 019-4259126
16  Shamida Homestay, Bandar Putra Bertam  012-4096499/019-4756499
17  Homestay Azzahra, Seberang Jaya  019-4228964 (Sofian)
18  Homestay D'Bamboo, Seberang Jaya  012-5595646 (Fadli)
19  Homestay Kondo Mutiara, Bandar Perda  016-4490031 (Baharudin)/
 016-4490032 (Zubir)
20  Homestay Taman Pauh  012-2655793 (Zamri)/
 017-4618278/
 019-5252648 (Rohana)
21  Lepak Homestay  013-4408002/013-4853738
22  Hotel Seri Pauh, Permatang Pauh  04-3900351
23  D' Pauh Homestay Taman Pauh  0134214669 / 0134235484.
24  Homestay Taman Pauh, Taman Pauh,Pmtg Pauh  0124151529
25  Rumaisa Inn Homestay  012-4710552 (Hamizat) /
 012-4711322 (Siti Aminah)
26  Sakinah Homestay  012-4075423 (Nor Azman)
27  HNZ Homestay  019-4434109 (Muhammad Husni)
28  Asma Homestay, Permatang Pauh  012-4755664 (Asma)
29  The Light Hotel  04-382 1111
30  Muslim Homestay  0135056933 (Normi)
31  BudgetliciousHomestay, Bandar Perda  019-4748612 (Watie)
32  Persona Homestay  012-5990577 (Johanif)