Accessibility Tools

Select your language

Visi, Misi, Matlamat Pendidikan, Matlamat Organisasi, Teras Strategik

 

 

 

VISI / VISION

Menjadi institusi TVET yang unggul.

To become an excellent TVET institution.

MATLAMAT PENDIDIKAN / EDUCATION GOALS

Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.

Providing TVET graduates who are holistic, competent and capable of contributing to national development.

MISI / MISSION
  1. Membangunkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
    Developing well-balanced, entrepreneurial, and holistic graduates.
  2. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
    Providing a wide access to quality and recognized TVET programmes.
  3. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
    Making full use of smart sharing with stakeholders.
  4. Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi serta pembelajaran sepanjang hayat.
    Strengthening community through research, innovation, and lifelong learning.
MATLAMAT ORGANISASI PSP / PSP ORGANIZATIONAL GOALS
  1. Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
    Producing credible and highly sought after TVET graduates who contribute towards the country's economic development.
  2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di Politeknik Seberang Perai (PSP) untuk memenuhi keperluan industri.
    Reinforcing the relevance and responsiveness of programs in PSP to fulfill the industrial demands.
  3. Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global.
    Gearing a community towards a harmonious and peaceful globalized world.
TERAS STRATEGIK PSP
Teras 1: Menghasilkan graduan TVET berkualiti
Teras 2: Memantapkan governan yang responsif dan mampan
Teras 3: Memperkaya bakat
Teras 4: Menerajui sistem pendidikan melalui 4.0
Teras 5: Memperkukuh kolaborasi industri dan komuniti
Teras 6: Membudaya penyelidikan gunaan dan inovasi

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Akademik:

  • Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  • Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.

Kecemerlangan Staf:

  • Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 10 hari setahun

Kecemerlangan Proses:

  • Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

 

 

Pencapaian Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Pencapaian

Memenuhi piawaian

 Melebihi tempoh masa/ tidak menepati piawaian

 Jumlah memenuhi piawaian

% Memenuhi piawaian

 Jumlah memenuhi piawaian

 % Melebihi piawaian

1.

 Status tindakan ke atas aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 14 hari bekerja selepas aduan diterima.

       
2.

Proses pendaftaran pelajar selesai pada hari yang sama pelajar tiba untuk mendaftar.

1195 100%    
3.

 Melaksanakan penyeliaan 100% ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri dalam satu semester.

1187 100%    
4.

Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semester pengajian tamat. 

3676 100%    

 

 

Piagam Pelanggan

 1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.

2. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 14 hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.

3. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas aduan diterima.

4. Melaksanakan 100% penyeliaan keatas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.

Polisi Keselamatan

Berpandukan kepada peruntukan Seksyen 16, akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994 ( Akta 514), POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) berusaha untuk menyediakan dan memelihara suasana dan persekitaran bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PSP akan memastikan setiap individu prihatin dan peka terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan.

Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSP telah menggariskan polisi-polisi berikut:

  • Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta menyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi.
  • Menyediaan dan menyelenggaraan tempat, kemudahan,peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan
    kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit,keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkahpencegahan ke arah kemalangan sifar.
  • Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga PSP supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.
  • Menyemak, merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan ke arah menjamin keselamatan secara
    berterusan


Semua kakitangan bertanggungjawab untuk merialisasikan budaya kerjaselamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSP.



ZULKIFLI BIN ARIFFIN
Pengarah 1 Februari 2015
Politeknik Seberang Perai