Accessibility Tools

Select your language

Jabatan Sukan, Kurikulum & Kebudayaan

  • Profil ringkas

    • Pengenalan jabatan/unit (fungsi utama, peranan dalam institusi).

    • Visi & misi (kalau ada, lebih ringkas & selari dengan institusi).

  • Struktur organisasi

    • Carta organisasi (hierarki staf).

    • Senarai staf (nama, jawatan, emel/telefon).

    • Ketua jabatan/unit dengan gambar & ucapan alu-aluan (lebih mesra).

  • Bidang tugas / Skop kerja

    • Tanggungjawab utama jabatan/unit.

    • Senarai perkhidmatan yang ditawarkan (contohnya, Unit Hal Ehwal Pelajar → biasiswa, aktiviti pelajar, kaunseling).

  • Maklumat untuk pelajar & staf

    • Borang / dokumen yang boleh dimuat turun.

    • SOP, garis panduan, notis penting.

    • FAQ berkaitan jabatan/unit.

  • Aktiviti & program

    • Berita / highlight aktiviti jabatan/unit.

    • Gambar & galeri program terkini.

  • Pautan khas (kalau ada)

    • Sistem khusus jabatan (contoh: e-haluan, e-asrama, e-penyelidikan).

    • Form online (permohonan, aduan, tempahan).

Unit Peperiksaan

Unit Peperiksaan merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik dan Pengarah Politeknik.Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penyelarasan dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan serta penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan.Unit ini diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan terutamanya kepada pelajar. Selain dari fungsi utamanya mengeluarkan keputusan penilaian kepada pelajar hasil dari keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik .

Selain dari itu unit ini juga bertanggungjawab mengeluarkan Sijil kepada pelajar yang telah tamat dan pelajar yang telah lulus semua peperiksaan serta memenuhi semua kehendak kursus setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Penganugerahan Sijil /Diploma Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Ketua Unit dan 2 orang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik, dan dibantu oleh beberapa Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang dilantik dari setiap dari Jabatan Akademik . Ianya turut juga mempunyai seorang Pegawai Eksekutif, Pembantu Am Pejabat dan seorang Pembantu Tadbir yang membantu dalam kerja kerja pengkeranian di unit. Segala urusan yang berkaitan dengan penilaian dan juga peperiksaan pelajar diselaraskan oleh unit ini.

 

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN POLITEKNIK

Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah perigkat tertinggi di peringkat politeknik yang telah diberi kuasa oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk mengesahkan keputusan peperiksaan (kecuali bagi semester akhir) dan memastikan garis panduan dan peraturan penilaian dipatuhi. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik dan dianggotai oleh Ketua-Ketua Jabatan Akademik, Pegawai Peperiksaan serta pegawai-pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

 

OBJEKTIF 

Menjadi Unit yang mendapat menyediakan perkhidmatan keada pelangan dengan:

1. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

2. Mudah capaian

3. Selamat & boleh dipercayai

4. Penyimpanan maklumat proses penilaian dan peperiksaan pelajar

5. Memastikan ciri ciri keselamatan urusan peperiksaan

6. Menguruskan hal hal mengenai penganugerahan

 

MAKLUMAT AM

Permohonan Pindahan kredit IPTA/IPTS

Pemohon perlu memohon dari Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) di JPPKK.

Pemohon perlu mengemukakan maklumat berikut :

1. Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit (sila sertakan nama penuh, nombor matrik, alamat terkini, no telefon dan emel)

2. Transkrip Akademik diploma/sijil yang telah disahkan;

3. Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum berkaitan;

4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan.

 

Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan sama ada secara bertulis atau ke alamat emel yang diberikan.Permohonan secara bertulis hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat dengan menulis “PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT” dipenjuru sebelah kiri sampul dan hendaklah dialamatkan kepada:


Pengarah
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Galeria PjH, Aras 6, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya.

 

Manakala bagi permohonan melalui emel, dokumen dengan maklumat yang lengkap boleh diemelkan ke alamat : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.Semua permohonan yang lengkap diterima akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja dan maklumbalas akan diberikan melalui alamat email yang disertakan seperti di dalam surat permohonan.

 

Unit Perhubungan dan Latihan Industri

 PENGENALAN

LATIHAN INDUSTRI (LI) adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. 

Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif dalam kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

 OBJEKTIF

  • Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  • Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
  • Mengamalkan kerja berpasukan.
  • Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi
  • Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan dalam bentu laporan. 

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

PENGENALAN

Sesebuah organisasi itu boleh cemerlang dan berjaya dengan jayanya apabila organisasi tersebut terdiri daripada kakitangan yang berdedikasi dan cekap dalam melakukan tugas-tugas mereka. Pekerja yang cemerlang adalah salah satu aset yang berharga bagi mencapai visi, misi dan matlamat organisasi tersebut.

Justeru itu, Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) ditubuhkan untuk merancang, menganjur dan melaksanakan pelbagai latihan kepada kakitangan politeknik.Latihan yang dirancang bukan hanya memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran sahaja, malah latihan-latihan yang berbentuk peningkatan kendiri seperti kepimpinan, integriti, komunikasi dan kemahiran turut dirangkakan setiap tahun.

Teknologi pada masa kini berubah dengan pantas. Secara tidak langsung, dengan adanya ULPL, kakitangan Politeknik Seberang Perai dapat belajar dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang yang spesifik seiring dengan perubahan semasa. Latihan-latihan yang diberikan juga dapat meningkatkan daya saing antara mereka bagi melahirkan kakitangan yang professional, bertanggungjawab dan kompete.

OBJEKTIF

  • Menyelaras dan melaksanakan latihan / kursus / bengkel bagi memenuhi keperluan kompetensi semua kakitangan politeknik samada secara dalaman, luaran, formal dan tidak formal.
  • Menyelaras kursus pendek, kursus terlanggan dan Kursus Secara Sambilan (KSS) di bawah Program Penswastaan Masa (Time Sector Privatisation-TSP).
  • Menguruskan penempatan pegawai di industri di bawah program Sangkutan Industri Pensyarah.
  • Menguruskan pentadbiran dan urusan penginapan di Mutiara Inn.
  • Menguruskan sewaan fasiliti Politeknik Seberang Perai.

Unit Sokongan

Unit sokongan di Politeknik Seberang Perai sentiasa bekerjasama bagi memastikan segala urusan berkaitan dengan politeknik berjalan lancar. bagi tujuan ini, pelbagai unit telah diwujudkan. Setiap Unit mempunyai fungsi tersendiri dalam menguruskan pentadbiran dan melancarkan urusan akademik politeknik.

Wassalamu'alaikum.

Nasrul Faizal bin Mohd Nasir

KETUA UNIT PENTADBIRAN

 

SENARAI UNIT SOKONGAN

Unit Pentadbiran, Perkhidmatan & Kewangan
Unit Jaminan Kualiti
Unit Pengurusan Psikologi
Unit Kolej Kediaman Pelajar
Unit Perpustakaan
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM)
Unit Latihan & Pendidikan Lanjut
Pusat Pengurusan Maklumat dan Teknologi
Unit Pembangunan dan Sengggara

Unit Keselamatan & Fizikal
Unit Keusahawanan

Unit Kolaborasi Industri & Kebolehpasaran Graduan (CISEC)
Unit Jaminan Kualiti
Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan
Unit Perantarabangsaan
Unit Kesukarelawan
Unit eLearning
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan