Accessibility Tools

Select your language

Pencapaian Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Pencapaian

Memenuhi piawaian

 Melebihi tempoh masa/ tidak menepati piawaian

 Jumlah memenuhi piawaian

% Memenuhi piawaian

 Jumlah memenuhi piawaian

 % Melebihi piawaian

1.

 Status tindakan ke atas aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 14 hari bekerja selepas aduan diterima.

       
2.

Proses pendaftaran pelajar selesai pada hari yang sama pelajar tiba untuk mendaftar.

1195 100%    
3.

 Melaksanakan penyeliaan 100% ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri dalam satu semester.

1187 100%    
4.

Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semester pengajian tamat. 

3676 100%    

 

 

Piagam Pelanggan

  1. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 14 hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.
  2. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas aduan diterima.
  3. Melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.

Piagam ini adalah komitmen Politeknik Seberang Perai dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.

Polisi Keselamatan

Berpandukan kepada peruntukan Seksyen 16, akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994 ( Akta 514), POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) berusaha untuk menyediakan dan memelihara suasana dan persekitaran bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PSP akan memastikan setiap individu prihatin dan peka terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan.

Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSP telah menggariskan polisi-polisi berikut:

  • Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta menyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi.
  • Menyediaan dan menyelenggaraan tempat, kemudahan,peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan
    kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit,keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkahpencegahan ke arah kemalangan sifar.
  • Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga PSP supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.
  • Menyemak, merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan ke arah menjamin keselamatan secara
    berterusan


Semua kakitangan bertanggungjawab untuk merialisasikan budaya kerjaselamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSP.



ZULKIFLI BIN ARIFFIN
Pengarah 1 Februari 2015
Politeknik Seberang Perai

Sekilas Pandang

Politeknik Seberang Perai telah ditubuhkan pada 1 September 1998 bertempat di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kampus ini dibina dalam kawasan seluas 100 ekar. PSP terletak di kawasan perindustrian yang pesat membangun dan mengambil masa selama 30 minit dari Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Politeknik ini merupakan politeknik yang ke-10 ditubuhkan di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan melahirkan pekerja separa professional demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. PSP telah disempurnakan perasmiannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1999.

PSP menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat Sijil dan Diploma.