Accessibility Tools

Select your language

Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM)

Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Multimedia dan Sumber diketuai oleh Ketua Unit dan dibantu oleh dua Pegawai Multimedia dan Sumber (MARO). Unit ini juga dikendalikan oleh Penolong Jurutera, Jurugambar, Editor Audio/Video dan seorang Pembantu Am Rendah.

Pusat ini mempunyai studio grafik (juga berfungsi sebagai studio penyuntingan dan rakaman video audio analog dan digital), bilik mesyuarat arkib mini merangkap bilik mesyuarat, bilik seminar dengan kapasiti 75 tempat duduk yang dilengkapi kemudahan audio-visual, bilik fotografi yang merangkumi bilik gelap untuk pemprosesan gambar, studio pelbagai guna dan bilik percetakan yang dilengkapi dengan kemudahan percetakan skala sederhana.

Kemudahan yang ada ialah :

1. Studio grafik (juga berfungsi sebagai studio penyuntingan dan rakaman video audio analog dan digital).
2. Sebuah arkib mini merangkap bilik mesyuarat.
3. Sebuah bilik seminar 75 tempat duduk yang dilengkapi dengan kemudahan audio visual.
4. Bilik fotografi yang termasuk bilik gelap untuk pemprosesan gambar.
5. Sebuah studio serba guna.
6. Bilik percetakan yang dilengkapi dengan kemudahan percetakan skala sederhana.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pusat tersebut ialah:

1. Menyediakan peralatan audio visual.
2. Pengeluaran video Penyuntingan video (analog dan digital).
3. Pembangunan aplikasi multimedia.
4. Reportion grafik.
5. Kemudahan penerbitan dan percetakan media cetak.
6. Kemudahan pembentangan dan seminar.
7. Arkib mini (pita video / VCD/DVD acara yang dirakam di Politeknik dan penerbitan bercetak disimpan di sini).
8. Penyiaran Infochannle/TV PSP.

Unit Kolabrosi Industri & Kebolehanpasaran Graduan (CISEC)

PENGENALAN


Dalam Rancangan Malaysia Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil CISC khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan. Tugas CISC ketika itu adalah lebih memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.
Pada tahun 2010, CISEC telah ditubuhkan di Politeknik sebagai penambah baikan kepada CISC dengan fungsi asal kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.

Program Kebolehpasaran mula diperkenalkan pada tahun 2008 dengan pembayaran elaun kepada pelajar yang mengikuti latihan industri (LI). Tahun 2009 memperlihatkan perkembangan program ini di mana Program Finishing School diperkenalkan ketika itu. Pada pertengahan tahun 2010, Program Kebolehpasaran diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk graduan Politeknik Malaysia. CISEC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program program kebolehpasaran graduan di Politeknik masing-masing.

Menurut Will Archer & Jess Davison (2008):
“Seorang pegawai perlu dikhaskan (Single Contact Point) untuk menguruskan pekerjaan, perkhidmatan dan maklumbalas yang cepat selepas permintaan dikemukakan, pegawai yang mempunyai pengetahuan terhadap keperluan industri serta kepentingan kepuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan”

Peranan CISEC telah diperluaskan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara dan Pelan Transformasi Politeknik. Key of Indicators (KPI) di dalam Pelan Tranformasi Politeknik yang mensasarkan Politeknik Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional pada peringkat serantau, 85 peratus graduan politeknik bekerja (termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, memilih politeknik sebagai pilihan pertama jelas memperlihatkan kepentingan peranan CISEC di Politeknik.


FUNGSI DAN PERANAN
1.Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri.
2.Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industry terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan.
3.Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan Politeknik.
4.Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik.
5.Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.

Kamus Penunjuk Prestasi Utama (KPI)

PERSIST (Polytechnic & Community College Permormance System) merupakan aplikasi pengisian Penunjuk Prestasi Utama (KPI) secara atas talian yang membantu dalam proses memantau pencapaian institusi dan bahagian di bawah Pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). 

Sistem PERSIST boleh diakses melalui laman web https://mytvet.edu.my/persist/

Panduan Pengguna PERSIST

Unit Kolej Kediaman Pelajar

  • Politeknik Seberang Perai (PSP) merupakan sebuah Institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menawarkan pelbagai bidang kursus diploma. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk melancarkan proses pembelajaran pelajar yang ditawarkan di PSP. Salah satu kemudahan yang disediakan oleh PSP adalah kemudahan tempat tinggal yang dikenali dengan panggilan Kolej Kediaman Pelajar (KKP).

    Kolej Kediaman merupakan suatu kemudahan tempat tinggal yang selamat, tenteram dan selesa disediakan oleh Politeknik Seberang Perai (PS) dengan kemudahan asas yang mencukupi. “Mendiami Kolej kediaman bukan merupakan hak atau keistimewaan kepada mana-mana pelajar. Pihak KKP PSP berhak menawar, tidak menawar ataupun menarik balik tawaran kemudahan ini kepada mana-mana pelajar atas kepentingan politeknik”.

    Pertimbangan mendiami kolej kediaman akan sentiasa diberi kepada pelajar yang menghargai kemudahan dan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan PSP di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan serta pelajar-pelajar yang sentiasa memberi jasa dan mengharumkan nama PSP.

    KKP mempunyai 11 blok asrama 6 blok lelaki dan 5 blok perempuan iaitu Blok Gemilang, Bestari 2, Bestari 3, Bestari 4, Bestari 5 dan Bestari 6 menempatkan pelajar lelaki manakala Blok Madani, Bestari 1, Nurani 1, Nurani 2 dan Nurani 3 pula menempatkan pelajar perempuan. Pelajar Semester 1 adalah diwajibkan tinggal di asrama. Kapasiti pelajar asrama di PSP adalah 2278 orang iaitu 1210 pelajar lelaki dan 1068 pelajar perempuan.

    OBJEKTIF PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
    Matlamat pengurusan kolej kediaman ialah berusaha bersama mewujudkan suasana kolej kediaman yang selamat, tenteram dan selesa sebagai tempat tinggal yang kondusif dan tempat belajar yang harmoni. Matlamat yang digariskan ini menjadi hala tuju kepada kehidupan yang ceria dan sejahtera di kolej kediaman politeknik agar sesuai untuk pembelajaran yang akhirnya nanti menjamin kecemerlangan pelajar.

    PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN
    Kakitangan unit pentadbiran atau pengurusan kolej kediaman terdiri daripada pengurus asrama, penyelia asrama, pembantu tadbir dan pembantu operasi yang bertanggungjawab mengurus, melaksana dan memantau perjalanan urusan kolej kediaman bagi mencapai matlamat dan objektifnya secara optimum. Semua proses pengurusan kolej kediaman adalah berdasarkan bidang tugas yang ditetapkan.

    KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

    · Kafeteria

    · Pusat Islam

    · Koperasi

    · Klinik

    · Mesin ATM (Bank Islam)

    · Gelanggang permainan

    · Kemudahan/ tempat Riadah