Accessibility Tools

Select your language

Program Derma Darah Hospital Seberang Jaya 2025 Terima Sambutan Menggalakkan di PSP

Program Derma Darah Hospital Seberang Jaya 2025 Terima Sambutan Menggalakkan di PSP

Program Derma Darah anjuran Unit Perubatan Transfusi Hospital Seberang Jaya dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai (PSP) telah berjaya dilaksanakan dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelajar serta staf institusi berkenaan.
Program ini turut menampilkan sesi ceramah kesedaran mengenai kepentingan menderma darah yang disampaikan oleh Dr. Intan Shafinaz binti Sudin, Pakar Perubatan Transfusi, Jabatan Patologi, Hospital Seberang Jaya. Ceramah tersebut memberi penerangan mengenai manfaat derma darah serta peranan pentingnya dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.
Majlis turut mendapat sokongan kehadiran barisan pengurusan Politeknik Seberang Perai iaitu Pengarah PSP, Tn. Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Ts. Dr. Zulhadi bin Zakaria (TPA), Ts. Mohamad Annuar bin Morzuke (TPSA) dan Encik Mohd Rizwan bin Elias (KJHEP), selain disertai Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Perubatan dari Hospital Seberang Jaya.
Penganjuran program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial dalam kalangan warga PSP, malah membuka ruang kepada peserta untuk menimba pengetahuan tentang prosedur dan manfaat menderma darah.
Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha berterusan dalam memupuk semangat kesukarelawan terhadap masyarakat.
 
251028.DermaDarah1 251028.DermaDarah2 
251028.DermaDarah3